Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Orang Yang Mengejar Wang Adalah Orang Gila!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Orang Gila
Lagu-lagu berunsur ketuhanan dan kerohanian dendangan penyanyi dari seberang Aunur Rofiq Lil Firdaus atau lebih senang disapa Opick, begitu banyak dimainkan dalam drama tempatan sebagai lagu latar seperti ‘Rapuh’ dan ‘Cahaya Hati’.

Menyedari hakikat itu, Opick akui dia tidak pernah didatangi oleh mana-mana pihak untuk meminta izin sebelum menggunakan lagu-lagunya dalam drama terbitan mereka.
“Setakat ini belum ada sesiapa yang mendatangi saya terus untuk meminta izin. Mungkin mereka meminta izin daripada pihak yang lain dan hal itu belum sampai kepada saya”, kata Opick.
Walaupun begitu, Opick gembira lagu-lagunya diterima oleh peminat di Malaysia dan terharu usahanya menyampaikan dakwah menerusi lagu memberi kesan kepada masyarakat.
“Memanglah sebaiknya mereka meminta izin terlebih dahulu. Namun,jika mereka terlupa atau belum meminta izin, saya ikhlas dan gembira mereka menggunakan lagu-lagu saya kerana sekurang-kurangnya apa yang saya buat dan apa yang saya tulis, berguna untuk masyarakat”, katanya.
Jika di Malaysia setiap artis berhak mendapat royalti jika lagu mereka dimainkan berulang kali di televisyen dan radio. Namun kata Opick, dia tidak pasti jika dia sudah menerima royalti daripada pihak produksi yang menggunakan lagu-lagunya.
“Kemungkinan besar saya ada terima wang royalti tersebut, tapi saya tidak sedar wang tersebut datang dari mana kerana saya terima wang dari pelbagai sumber”, kata Opick berkongsi bahawa dia tidak ralat jika sebenarnya dia tidak menerima sebarang wang royalti.
“Orang yang mengejar wang adalah orang gila. Wang itu tidak akan beri kepuasan kepada kita. Tapi jika apa yang kita lakukan kerana Allah, InsyaAllah hasilnya sempurna”, kongsi Opick mengakhiri bicara. – Gua

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments