Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] VIDEO: Si Perompak di belasah dalam sawah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Curi
Niat seorang lelaki dipercayai mahu merompak, berjaya dipatahkan penduduk kampung yang menyedari tindak tanduk mencurigakan lelaki berkenaan.

Dalam video yang disebarkan di internet, lelaki itu kelihatan dikepung penduduk kampung di dalam sawah padi sebelum dibelasah dan ditangkap.
Difahamkan, penduduk setempat pada mulanya berasa curiga selepas melihat gerak geri lelaki itu lalu bertindak menghubungi penduduk lain untuk meminta bantuan. Penduduk kampung kemudiannya berpakat beramai-ramai mengepung suspek yang bertindak melarikan diri.
Cubaan menangkap lelaki itu tidak berhasil apabila dia memecut melarikan diri dengan motosikal. Bagaimanapun, salah seorang penduduk kampung berjaya menendang motosikal suspek hingga dia terbabas ke dalam sawah padi.
Seperti dalam video, sebilah parang pendek ditemui bersama lelaki berkenaan.
Lelaki itu kemudiannya dibelasah beramai-ramai sebelum diseret keluar dari sawah dan diserahkan kepada pihak polis yang tiba tidak lama kemudian.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments