Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Trik Lukisan 3D yang menarik! MANTAP.... (4 Gambar)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto
Apabila artis Alessandro Diddi membuat lakaran dengan pensil di atas kertas, hasil kerjanya bagaikan hidup.

Lukisan pintar 3D yang dilukisnya terhasil melalui helah minda menggunakan bayang-bayang dan sudut bagi menghidupkan imej itu dan membolehkan ia ‘melompat keluar dari kertas.’
“Saya mahu lukisan saya mengetengahkan mesej yang memperdayakan minda dan membuat anda percaya bahawa terdapat dimensi walaupun sebenarnya ia tidak ada di situ,” katanya. 
Foto
Menggunakan tangannya sendiri dan objek bagi membolehkan lukisan kelihatan lebih hidup, ia memaparkan dua lelaki menggunakan kudrat tenaga mereka bagi menolak sebatang pensil keluar daripada tangan artis itu, selain ular menjulur keluar ketika ia dilukis.

Satu lagi lukisan menunjukkan jari Diddi bertukar menjadi kuku panjang yang hendak mengoyakkan kertas, manakala dalam lukisan lain memaparkan pelukis terbabit cuba melipat kertas dengan seorang lelaki berhempas pulas menolak kertas berkenaan.
Foto
Diddi berkata: “Bila orang melihat lukisan saya, mereka sering terkejut. Mereka gagal memahami dengan sebenarnya bagaimana saya mampu menghasilkan gambaran 3D.

“Matlamat saya ialah sentiasa ingin menghasilkan sesuatu yang baru dan asli yang ingin dilihat orang serta menarik minat mereka.

“Walaupun tiada mesej yang tersirat, saya cuba menghasilkan yang terbaik melalui lukisan saya. Saya rasa penting bagi orang menyedari bahawa tidak perlu untuk menghasilkan sumber dalam jumlah yang besar bagi mencapai sesuatu yang menarik.
Foto

“Apa yang anda perlukan ialah pensil dan sesuatu untuk dilukis. Anda boleh menghasilkan sesuatu yang benar-benar magis.”

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments