Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Trend Baru Jepun: Jilat Bola Mata Tanda Sayang!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Jilat Mata
Satu trend baru kini telah melanda Jepun di mana golongan remaja bertindak menjilat mata pasangan mereka, sebagai simbolik kepada tanda sayang.

‘Budaya’ ini dikenali sebagai oculolinctus, dipercayai telah diinspirasikan oleh sebuah kumpulan muzik Jepun, Born, melalui video mereka, Spiral Lie. Video tersebut menampilkan sebuah adegan gerak perlahan pasangan yang sedang menjilat mata.
Pakar kesihatan kebanyakannya menentang ‘budaya’ ini setelah menerima laporan bahawa ramai pelajar sekolah menghidap jangkitan kelopak mata dan konjunktivitis.
Seorang doktor dari Hospital Universiti New York, Dr Robert Cykiert memberitahu ABC News,”apabila mata anda dijilat, anda secara tidak langsung memindahkan bakteria merbahaya. Trend ini adalah sesuatu yang tidak patut digalakkan”.
“Sesetengah pesakit mungkin akan mendapat parut kekal di bahagian kornea, bergantung kepada jenis bakteria yang mungkin akan membuat ‘lubang’ untuk terus hidup,” katanya lagi.
Trend ini dikatakan sedang tersebar dari Jepun ke Virgin Islands di Amerika di mana video serta gambar pasangan sedang menjilat mata masing-masing di muatnaik ke laman YouTube dan Tumblr.
Dr Cykiert turut memberi amaran kepada remaja supaya tidak terjebak dengan trend ini, sebaliknya, beliau menasihati para remaja agar hanya ‘berpegang tangan’, trend yang telah wujud sejak berjuta tahun lalu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments