Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Romantik Tak Semestinya Berpeluk Dengan Ammar!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Nelydia Senrose
Sebut saja gandingan Nelydia Senrose dan Amar Asyraf, pasti mengingatkan ramai pada siri yang mencetuskan fenomena, Setia Hujung Nyawa yang pernah ditayangkan di saluran TV3, sekitar Disember tahun lalu. Setiap kali bersiaran, lakonan yang cukup berkesan mereka termasuklah adegan-adegan romantik antara Zain (Ammar) dan Ersalina atau El (Nelydia), pasti menjadi bualan ramai peminat.

Pada Aidilfitri yang bakal menjelang ini, ‘pasangan suami isteri’ romantik, Zain dan El akan kembali. Lebih istimewa siri yang diadaptasi daripada novel terlaris nukilan Fatin Nabila itu kali ini atas judul Setia Hujung Nyawa Raya.
” InsyaAllah saya akan mula menjalani penggambaran Setia Hujung Nyawa Raya pada bulan Julai ini. Tapi buat masa ini saya belum dapat skripnya lagi. Tapi saya difahamkan kali ni lebih romantik dan lebih sweet lah. Tak tahu lagi macam mana, skrip pun saya tak baca lagi. Sekarang ni saya masih tunggu skripnya”, kata Nelydia ketika ditemui pada majlis memperkenalkan program-program sempena ramadan dan raya bagi saluran stesen televisyen Media Prima Berhad, bertempat di ALoft Hotel, KL Sentral, baru-baru ini.
Menyebut tentang babak romantik dan sweet, memandangkan Amar baru saja mendirikan rumah tangga pada 7 Jun lalau, Nely diminta mengulas mengenai andai kata babak-babak romantik kali ini menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak dan mungkin menimbul rasa kecil hati si isteri aktor itu, gadis 19 tahun ini menjawab,
“Sweet tak semestinya kami kena berpengang tangan atau kena berpeluk. Ada ketika momen sweet tu timbul daripada dialog-dialog itu sendiri. Kalau daripada lafaz dialog kami tu penonton rasa sweet, ia sweet lah. Apapun, saya hormat isteri Ammar, dan kami profesional terhadap kerja”, tuturnya.
Berhenti Berlakon?
Dalam pada itu penuntut jurusan psikologi Kolej Segi ini memberitahu mula bulan September nanti dia akan berehat daripada dunia lakonan seketika krerana mahu menumpukan perhatian pada pelajarannya.
“Sekarang saya di semester tiga. Selama ni saya sibuk berlakon dan dalam masa saya saya terkejar-kerja untuk tumpukan pada pelajaran. Jadi saya ambil keputusan untuk berehat sekejap dari berlakon dan fokus pada pelajaran sehinggan November nanti. Jadi apa-apa pengambaran yan melibatkan saya, awal-awal saya dah beritahu produksi yang saya mina mereka habiskan bahagian saya sehingga Ogos ini.
“Tapi kalau dalam masa tiga bulan itu nanti kalau ada tawaran telemovie atau shooting yang tak menuntut saya bawa watak berat atau babak panjang, saya boleh lah selit-selit. Tapi kalau memerlukan komitment penuh tu saya tangguhkan dulu sehingga hujung tahun ini”, katanya yang turut menyimpan hasrat mahu menyambung pelajarannya ke luar, kelak.
Perkembangan lain, Nely baru selesai penggambaran filem Cinderella, arahan Ahmad Idham. Selain sedang dalam penggambaran drama bersiri Syurga Tanpa Bidadari, yang akan ditayangkan di TV3 mulai 14 Ogos nanti. - Malaysian Digset

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments