Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wanita Terencat Akal Dijadikan Hamba!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Chicago – Seorang wanita terencat akal dan anak perempuannya dibiarkan hidup di bilik bawah tanah di Ohio bersama ular dan anjing pitbull dengan mendapat layanan seperti hamba selama lebih dua tahun, kata pendakwa Amerika Syarikat.
Kes itu mendapat perhatian selepas wanita terbabit ditangkap kerana mencuri sekeping gula-gula dan beliau memaklumkan kepada polis lebih rela untuk dipenjarakan daripada pulang ke rumah hidup bersama teman serumahnya.
Tiga suspek Jordie Callahan, 26, Jessica Hunt, 31 dan Daniel Brown 33, yang mengurung wanita terbabit ditahan atas dakwaan penyeludupan manusia selepas satu siasatan pihak berkuasa.
Perhambaan moden
“Kita sekali lagi diingatkan mengenai perhambaan moden yang masih wujud di sekeliling kita,” kata Peguam Amerika Syarikat bagi daerah utara Ohio, Steven Dettelbach.
“Mangsa dalam kes ini mengalami keganasan, ancaman, keadaan hidup tidak seperti manusia dan perbuatan ngeri lain.”
Tuduhan dibuat kira-kira sebulan selepas wanita muda terbabit yang dikurung lebih sedekad ditemui di sebuah rumah di Cleveland, kira-kira 110 kilometer ke utara sebuah bandar kecil di mana wanita kurang upaya itu didakwa menjadi hamba.
Ancam dicederakan
Wanita yang tidak didedahkan nama itu terpaksa menerima ancaman bahawa anak perempuannya yang kini berusia lima atau enam tahun akan dicederakan atau dipisahkan darinya jika tidak melakukan apa yang disuruh, kata pendakwa.
Malah kedua-dua mereka terpaksa tidur di atas lantai simen di bilik bawah tanah yang sentiasa berkunci yang turut menempatkan seekor iguana yang sering berkeliaran.
Mereka juga sering kali dipukul, diancam dengan anjing dan ular serta sentiasa dipantau untuk memastikan wanita terbabit tidak membuka ikatan tangan anak perempuannya atau mendapatkan makanan atau air untuk anak perempuannya itu.
Mereka turut membotakkan kepalanya ala mohawk dan menulis kata-kata seperti ‘pelacur’ atau perkataan hinaan lain di muka dan dadanya menggunakan pen dakwat kekal, kata kertas tuduhan.
Sering kena ikat
Budak perempuan terbabit pula sering kali diikat dan dikunci di sebuah bilik dan tidak dibenarkan menggunakan bilik air sehingga ibunya selesai semua kerja rumah.
Antara senarai tugas yang terpaksa dilakukan termasuk menjaga binatang kurungan termasuk seekor ular berbisa, ular sawa bola dan ular sawa Burma.
Ibu terbabit juga dipaksa menyerahkan kad manfaat kerajaannya dan jarang sekali diberikan wang.
Malah mangsa memberitahu polis beliau biasanya terpaksa menunggu sehingga jam 8 malam untuk memberikan sebarang makanan kepada anak perempuannya itu. – AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments