Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Budak Koma Diserang Anjing Rottweiler!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Koma
LA PAZ, Bolivia – Seorang budak perempuan berusia empat tahun, Rosalia, yang koma selama hampir tiga minggu selepas digigit seekor anjing Rottweiler di bahagian muka dan tubuh mula sedar dan akan diterbangkan ke Amerika Syarikat (AS) bagi menjalani pembedahan, kata beberapa doktor di Bolivia.

Kes berkenaan mendapat perhatian di negara Amerika Selatan itu.
Beberapa doktor berkata, Hospital Kanak-kanak Boston, AS turut mendapat tumpuan kerana menawarkan sebuah pesawat untuk membawa Rosalia ke negara tersebut.
Rosalia yang koma diserang anjing pada 24 Mei lalu dilapor memanggil ibunya selepas dia tersedar semalam.
Seorang doktor di sebuah hospital kanak-kanak di Bolivia, Dr. Alfredo Rodriguez berkata, Rosalia kini berada dalam keadaan terkawal dan bersedia untuk memulakan perjalanan.
Pihak berkuasa Bolivia menjangkakan pesawat yang membawa Rosalia akan tiba di Boston hari ini. – AP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments