Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] SENARAI NEGARA YANG SERING DIKUNJUNGI UFO ALIEN!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

                                   
Kewujudan alien di dunia ini sehingga sekarang masih menjadi misteri namun sebilangan orang pernah melaporkan kejadian kemunculan alien ataupun UFO di kawasannya.

Daripada pelbagai hasil laporan, 7 negara berikut memiliki data statistik tentang kunjungan alien atau kemunculan UFO terbanyak. 


1. Amerika Syarikat


Dikatakan antara lima hingga sepuluh peratus dari populasi Amerika telah melihat apa yang mereka gambarkan sebagai UFO.

Amerika Syarikat juga memegang rekod jumlah tertinggi tentang laporan penculikan oleh Alien.


2. Brazil


Pertemuan dengan Alien di Brazil dilaporkan kerana beberapa kejadian aneh yang berlaku, iaitu kisah Chupacabre.

Pertemuan dengan Alien ini sering berakhir dengan seseorang yang mendapat luka serius.

Kejadian ini sering dikatakan sebagai serangan Colares UFO, iaitu mangsa diserang dengan sinar laser yang kuat yang menyebabkan kesan luka terbakar.

Mungkin yang paling unik adalah sikap pemerintah Brazil dan angkatan bersenjata mereka yang terpaksa menganggap serius tentang kemunculan UFO.

Seolah-olah mereka tahu alien memiliki beberapa tujuan yang tidak baik.


3. Rusia


Pada tahun 2009, Angkatan Laut Rusia mengeluarkan sebuah fail tentang UFO, yang mengungkapkan serangkaian pertemuan dengan UFO dari era Kesatuan Soviet.

Fail tersebut menceritakan bagaimana kapal selam rusia mengekori sebuah UFO, lalu UFO itu menyelam ke atas permukaan air dan akhirnya terbang ke langit. 

Salah satu cerita paling luar biasa diperoleh daripada fail Angkatan Laut tersebut menceritakan tentang pertemuan dengan alien di Tasik Baikal, tasik air tawar yang terbesar dan terdalam di dunia, pada tahun 1982. 


4. China


China (dan daerah otonomi Tibet) memiliki sejarah yang panjang berkaitan tentang kehidupan alien, dengan beberapa kejadian kemunculannya sejak ribuan tahun.

Mitos kuno yang bercerita tentang mesin yang terbang (kadang-kadang disebut sebagai mutiara dari langit), kadang-kadang dibuat oleh manusia, tetapi lebih sering dikaitkan dengan para dewa. 

Beberapa pengamat UFO, khususnya Hartwig Hausdorf, berspekulasi bahawa banyak kisah dalam mitologi China tentang naga yang sebenarnya merujuk kepada mahluk Ekstraterrestrial.  


5. Kanada


Banyak kejadian di negara ini, mulai dari sesuatu yang aneh menghilang di hutan atau lingkaran tanaman yang aneh. Stefan Micholak, mendakwa dia mendapat kesan luka terbakar oleh knalpot reaktor UFO pada tahun 1967.  

Hal yang paling terkenal di Kanada adalah Insiden Shag Harbour di Nova Scotia, iaitu penemuan objek tak dikenali jatuh di perairan tersebut. 


6. Jerman


Beberapa kemunculan UFO yang paling awal terjadi pada perang dunia ke-II.

Semua juruterbang angkatan tentera Jerman ketika itu mendakwa didatangi oleh kemunculan pesawat-pesawat tempur yang aneh.

Desas-desusnya adalah, Nazi mempunyai projek rahsia dalam penciptaan pesawat tempur, walaupun tak diketahui bukti kebenarannya. 


7. Perancis


Pada tahun 2007 pemerintah Perancis membuat keputusan yang belum pernah dilakukan sebelumnya, iaitu menyusun semua fail UFO dari masa lalu hingga kini.

Mereka berharap bahawa ufologi akan dapat memberikan penjelasan yang tidak dapat mereka jelaskan sebelumnya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments