Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Robert Downey Jr. Jadi Iron Man Dalam Avengers!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Iron Man
LOS ANGELES – Pelakon popular Hollywood, Robert Downey Jr. menandatangani persetujuan akan melakonkan watak adiwira Iron Man dalam sambungan filem “The Avengers”, kata Studio Marvel kelmarin.

Dia sebelum ini memperoleh kejayaan besar menerusi watak Iron Man.
Downey, 48, menggalas antara watak utama dalam barisan superhero filem The Avengers” pada 2012 yang membariskan adiwira Iron Man, The Hulk, Captain America, Thor dan Black Widow.
Filem The Avengers yang diterbitkan oleh Studio Marvel menjadi filem ketiga berjaya mengutip kutipan tertinggi sepanjang zaman.
Filem tersebut mengaut hasil kutipan tiket sebanyak AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion) dalam tayangan di seluruh dunia.
Downey dijangka disertai pelakon popular Chris Evans, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo dan Scarlett Johansson untuk mendukung kembali watak mereka dalam The Avengers 2.
Filem arahan Joss Whedon itu dijadual ditayangkan pada 1 Mei 2015.
Marvel menyatakan, filem itu akan menggabungkan watak adiwira daripada filem pertama di samping menampilkan beberapa watak baharu.
Tiga filem Iron Man lakonan Downey dari 2008 hingga 2013 berjaya memperoleh kutipan tiket lebih AS$2.4 bilion( RM7.7 bilion).
Iron Man 3 yang mula ditayang pada bulan lepas menjadi antara filem yang berjaya meraih kutipan tertinggi tahun ini, iaitu sebanyak AS$ 1.2 bilion (RM3.8 billion). – AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments