KUALA LUMPUR – Malam esok bakal menyaksikan fenomena Bulan paling hampir dengan Bumi yang dikenali sebagai fenomena Preigee atau Supermoon.
Agensi Angkasa Negara (AAN) dalam satu kenyataan media berkata, fenomena itu akan menyebabkan Bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah.
“Masyarakat dunia akan berpeluang untuk melihat fenomena Bulan paling hampir dengan Bumi ini malam esok.
“Antara kesan jarak bulan yang dekat ini adalah perbezaan pasang dan surut air laut yang tinggi sedikit berbanding kebiasaan,” kata kenyataan itu hari ini.
Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, malam esok akan berlaku Bulan berada pada fasa penuh dan berada pada jarak cuma 356,989 kilometer (km) dengan bumi.
Jelas kenyataan itu, Bulan mempunyai orbit sedikit bujur dan bukan berbentuk bulat sempurna dan menyebabkan jaraknya dengan Bumi sentiasa berubah-ubah.
Tambah kenyataan itu, jarak paling jauh Bulan dengan Bumi bagi tahun 2013 ini adalah pada 7 Julai ini iaitu pada jarak 406,491 km. – mynewshub.my
No comments
Post a Comment