Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » BLACK505: Nasi Beriani Bertukar ‘NASI BERANI’?!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


ADA beberapa peristiwa lucu yang terjadi dalam perhimpunan Black 505 yang berlangsung di Padang Merbuk ini.
Walaupun ia tidak mendapat kebenaran, namun tindakan profesional pasukan keselamatan ternyata ‘melegakan’ mereka yang hadir.
Mungkin disebabkan dapat ‘menangkap’ keresahan mereka yang hadir demonstrasi itu, seorang penjual nasi beriani telah bertindak bijak dengan menukar nama nasi beriani yang dijualnya kepada ‘Nasi Berani’.
” Rileks, rileks…jangan takut. Singgah gerai kami dan cuba ‘Nasi Berani’. Lepas makan, pasti ‘berani’,” katanya yang menciut hati mereka yang lalu di gerainya.
Ternyata ‘taktik’ tersebut menjadi apabila nasi beriani yang dijualnya mendapat sambutan yang cukup hebat hinggakan juadahnya itu habis dalam masa yang cukup singkat.
Malah Nasi ‘Berani’ Kambing yang dijualnya LICIN seawal pukul 2 petang lagi!
” Nama tu satu hal la bang tapi nasi berianinya juga murah…RM5 sebungkus siap air sirap percuma, mana nak dapat kat tempat lain,” kata seorang pengunjung pada penulis.
Cuma harapnya janganlah berlaku kekecohan atau provokasi dari mana-mana pihak dalam perhimpunan ini, takut nanti nasi ke mana, pinggan ke mana, ‘berani’ pun tah kemana! – Mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments