Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Koleksi Kereta Mainan Menyamai Harga Ferrari!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kereta Mainan
LONDON – Seorang lelaki Britain mempunyai koleksi kereta mainan Dinky yang menyamai sebuah kereta Ferrari berharga £100,000 (RM496,525), lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Dia telah mengumpul kereta mainan itu sejak 60 tahun lalu.

Semua koleksi kereta mainan Dinky yang dikumpulkan itu masih berada dalam keadaan baik di dalam kotak asalnya.
Keseluruhan koleksi kereta mainan itu akan dilelong pada harga bermula dari £100,000 (RM496,525).
Koleksi-koleksi tersebut yang terdiri daripada kereta, trak dan treler mainan Dinky itu di simpan di dalam 80 buah kotak.
Pemilik koleksi tersebut yang mahu identitinya dirahsiakan mula mengumpul kereta permainan itu sejak dari zaman kanak-kanak lagi.
Koleksi itu akan dijual oleh firma lelongan Vectis Auctions, pada 11 Julai depan.
Seorang kakitangan firma Vectis, Nick Letherbarrow berkata, koleksi seperti itu amat jarang didapati.
“Ia merupakan satu koleksi antara yang terbaik dan mengambil masa yang lama untuk dikumpulkan,” katanya. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments