Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Penguat kuasa DBKL dikejar dan dipukul peserta demonstrasi Blackout 505!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Dua orang penguat kuasa  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikejar dan dipukul peserta demonstrasi Blackout 505 ketika beliau menjalankan tugas di Padang Merbok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, sekumpulan peserta daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) cuba mendirikan beberapa khemah menyebabkan dua anggota DBKL menghalang perbuatan mereka.
Akibat tindakan itu, katanya, keadaan menjadi kecoh dan anggota DBKL telah dikasari.“Dua anggota penguatkuasa DBKL telah dipukul dan sekarang berada dalam van DBKL,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Tindakan anggota itu adalah bertepatan dengan bidang tugasnya kerana perhimpunan Blackout 505 adalah haram dan tidak ada sebarang kebenaran diberikan untuk mana-mana pihak mendirikan khemah.
Tindakan kakitangan DBKL  itu bagaimanapun tidak disenangi peserta demonstrasi dan penyokong pembangkang yang kemudian mengejarnya dan memukulnya.
Anggota DBKL itu bagaimanapun bernasib baik kerana sempat masuk ke dalam van milik DBKL yang diletakan tidak jauh dari tempat dia mula diserang.
Sikap yang dipertontonkan peserta demonstrasi itu agak mengecewakan kerana sudah la berhimpuan secara haram, kemudian mendirikan khemah di tengah padang awam yang sudah pun ditempah untuk kegunaan oleh pihak lain pagi esok, bertindak pula memukul pegawai itu apabila dia melaksanakan tugasnya.
Lagipun…setakat ini aje ke kemampun nak gulingkan kerajaan, yakni dengan menyerang seorang penguatkuasa DBKL yang tengah buat kerja…

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments