Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Yes Lancar Chromebook 4G Samsung Pertama Dunia!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Yes lancar Chromebook 4G Samsung pertama dunia
KUALA LUMPUR – Yes, perkhidmatan Internet mudah alih dengan suara terpantas, hari ini melancarkan chromebook 4G Samsung pertama di dunia yang dimajukan bersama oleh Google dan Samsung, di Malaysia.
Chromebook itu direka bentuk untuk disesuaikan dengan ID Yes, dengan menyediakan daya hubung Internet mudah alih berkelajuan tinggi hingga 20Mbss melalui rangkaian 4G Yes.
Ia ditawarkan dengan chipset 4G terbina dalam yang mengupayakan Internet yang lancar dan berterusan.
Yes ialah rangkaian 4G YTL Communications Sdn Bhd.
Pengarah Urusan YTL Group, Tan Sri Francis Yeoh, berkata chromebook 4G Samsung adalah peranti sempurna  untuk digunakan melalui rangkaiannya, yang membawa kuasa pengkomputeran kepada semua dan menyambut ketibaan era baharu pengkomputeran awan.
Chromebook 4G Samsung adalah satu daripada komputer riba paling ringan dalam pasaran — ia hanya setebal 17.5mm, seberat 1.1 kilogram, dengan hayat bateri selama  tujuh jam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee, berkata Yes bertujuan memacu perubahan positif pada peringkat antarabangsa dengan memberikan satu daripada rangkaian 4G tercanggih di dunia kepada Malaysia.
“Hasil daripada rangkaian kami yang luas, ramai penduduk Malaysia telah pun mendapat akses kepada Internet berkelajuan tinggi melalui portfolio peranti dan perkhidmatan inovatif kami,” katanya kepada pemberita selepas upacara pelancaran itu.
Lee berkata selepas perjanjian sah dengan Kementerian Pelajar Malaysia, chromebook 4G Samsung akan diedarkan kepada sekolah-sekolah di bawah program 1BestariNet.
“Kami akan memberikan harga istimewa kepada program 1BestariNet berbanding harga pengguna,” katanya.
Chromebook 4G Samsung dijual pada harga runcit RM988 dengan pelan pascabayar 24 bulan pada harga RM88 yang ditawarkan bersama kuota data bulanan 3.5GB, manakala peranti itu sendiri dijual pada harga runcit RM1,299.
Chromebook itu kini boleh didapati di kedai-kedai Yes di seluruh negara dan kedai dalam taliannya di http://shop.yes.my, manakala peranti itu juga boleh didapati oleh pemegang ID Yes melalui frogstore di http://frogstore.my dan jelajah bestari seluruh negara dengan harga RM988 dengan pelan 24 bulan pada RM69 yang ditawarkan bersama kuota data bulanan 3.5GB.
Jelajah chromebook 4G Samsung akan diadakan di Center Court, Midvalley Megamall, mulai hari ini hingga 26 Mei.- BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments