Namun perkembangan teknologi terkini semakin memudahkan kerja-kerja tersebut.
Tetapi waima apapun, kerja paling asas iaitu menaip sesuatu artikel masih perlu dibuat secara manual.
Dalam erti kata lain, kalau seseorang wartawan itu tersalah menaip ejaan dalam artikelnya, maka terjadilah perkara-perkara yang tidak ‘diingini’.
Kena ingat, dalam industri persuratkhabaran, kesalahan itu tidak semestinya dilakukan oleh wartawan.
Ia juga mungkin dibuat oleh editornya, grafik artisnya ataupun mereka yang terlibat secara langsung dalam pemprosesan artikel tersebut.
Pendek kata, selagi bernama manusia, kita tak mungkin sempurna dan tidak bebas daripada melakukan kesalahan, kena terimalah hakikat itu…cuma kalau kesalahan itu berlaku berulang-kali, maka mahu tidak mahu pihak editorial sesebuah syarikat penerbitan akhbar itu terpaksalah melakukan ‘sesuatu’ agar imej mereka tidak terus tercalar dan dipersoalkan pembaca mereka.
No comments
Post a Comment