Kaum wanita di seluruh Eropah, yang tergolong pecinta sesama jenis atau lesbian, tertarik mengunjungi sebuah pulau di Greece untuk menghadiri sebuah festival antarabangsa yang unik khusus untuk kaum wanita.
Pulau itu bernama Pulau Lesbos. Pulau itu terletak di sebuah kawasan yang dipengaruhi oleh Greek Ortodoks di mana sebahagian masyarakatnya menentang perkahwinan sesama jenis. Tetapi, justru secara diam-diam acara untuk para kaum lesbian berkembang di sudut Laut Aegean tersebut.
Sepanjang sedekad yang lalu, pengunjung acara yang digelar selama dua minggu itu meningkat secara drastik, dari sekitar 30 org sehingga ratusan wanita. Mereka datang dari pelbagai negara di Eropah tak hanya Jerman, Inggeris, Belanda dan Scandinavia saja tetapi juga dari Yunani dan Itali.
Sepanjang sedekad yang lalu, pengunjung acara yang digelar selama dua minggu itu meningkat secara drastik, dari sekitar 30 org sehingga ratusan wanita. Mereka datang dari pelbagai negara di Eropah tak hanya Jerman, Inggeris, Belanda dan Scandinavia saja tetapi juga dari Yunani dan Itali.
Lauren Bianchi mengaku ini untuk pertama kalinya ia mengikuti festival tersebut. Ia mengaku sebelum ini ia telah membaca artikel tentang hubungan yang sulit antara penduduk tempatan dan lesbian. Tetapi, ketika berada di sana, ia merasakan keselesaan.
Pada tahun 2000 , pertama kali festival ini dilancarkan, ada ketegangan tercetus. Sebuah poster iklan dianggap sebagai pemicunya. Datuk Bandar mengancam membawa masalah ini ke mahkamah dan melarang penyelenggaraan acara tersebut. Ia berjanji akan mengusir para lesbian dari tempatnya tersebut.
Tetapi, kononnya para pelancong lesbian ini sudah mulai datang ke kawasan pelancongan sejak tahun 1970-an. Menurut laporan sebuah agen perjalanan pelancongan, sekarang hampir sekitar 60 peratus pelancong yang mengunjugi pulau tersebut kaum lesbian. Tetapi, ketika festival berlangsung, pelancong lesbian akan melonjak menjadi 90 peratus.
No comments
Post a Comment