Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Video Cimpanzi Berkebolehan Seperti Manusia!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Dia dianggap genius. Cimpanzi jenis Bonobo bernama Kanzi ini mempunyai kemampuan yang mengkagumkan untuk mahluk berstatus haiwan. Dia berkemampuan hampir sama seperti manusia dengan mampu berbicara menggunakan bahasa isyarat dan memasang alat pertukangan sederhana dari batu.
 Daily Mail melaporkan, Kamis (23/8), dia mengejutkan para penyelidik di Conservation Center Great Ape Trust, bandar Des Moines,Iowa, ketika berjaya membuat sebuah tuil sederhana untuk membuka kotak berisi makanan.

Tindakannnya hampir sama orang pra sejarah yang dulu dilakukan nenek moyang manusia ketika baru saja berevolusi. Haiwan 31 tahun ini sejak kecil hidup dalam asuhan manusia. Pada usia belasan tahun, Kanzi mula menunjukkan kecerdasan melebihi primat lain di Conservation Center itu. Dia mampu membuat isyarat makanan kegemarannya, seperti pisang. Cimpanzi ini bahkan mampu menyalakan api, dengan menggunakan pemetik api ataupun hanya berbekalkan batu.

Pengasuh Kanzi, Dr Savage Rumbaugh selaku pakar primat mengakui beberapa sikap cimpanzi itu bukan lagi naluri seperti kebanyakan haiwan, melainkan sudah melibatkan akal dan emosi. "Dia boleh melakukan beberapa tindakan diselaraskan, termasuk menyalakan api kerana ingin memasak," kata Rumbaugh. Daripada kajian beberapa universiti di balai pemuliharaan ini, Kanzi memang benar-benar boleh memahami bahasa manusia setara balita. Dia mengetahui arti tiga ribu kata dan boleh mengucapkan 500-an kata.

Meskipun kecerdasan haiwan ini mengagumkan, saintis percaya Kanzi berkembang pesat lantaran sejak bayi berinteraksi dengan manusia. Cimpanzi jenis Bonobo terancam di habitat asalnya di kawasan Republik Congo. Namun ada juga penyelidik yang percaya tindak-tanduk Kanzi mencerminkan evolusi sebagaimana dialami manusia. Pendapat ini berasal dari fakta kera Bonobo mempunyai persamaan DNA , 98 peratus dengan manusia. Inilah video Kanzi membuka kotak dengan memasang batu menjadi tuil :

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments