Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Bekas ahli gusti playboy dadah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto

London: Seorang penggusti kandang yang bersara dari sukan itu untuk mengetuai kumpulan penyeludup kokain selepas hilang sebelah kaki dalam kemalangan jalan raya, diarah membayar £700,000 (RM3.5 juta) - atau berdepan dengan tempoh tahanan yang lebih lama di penjara.
Vincent Graham, 33, bapa kepada 10 anak menjalani kehidupan yang sangat mewah dan memiliki beberapa kereta sport selepas mengetuai sindiket penyeludupan dadah ke Britain dari Afrika Selatan.

Playboy itu yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Big Vin’ bergambar separuh bogel di beberapa laman web dan berpacaran dengan beberapa wanita yang tertarik dengan gaya hidup mewahnya.

Bagaimanapun, kegiatan dadahnya terbongkar selepas ditangkap dan disoal siasat berhubung dakwaan rancangan menculik di Belanda.

Polis di negara itu membebaskannya tanpa sebarang tuduhan tetapi memaklumkan kepada rakan mereka di Britain mengenai hartanah yang dimiliki Graham kerana mengesyaki ia digunakan untuk perniagaan dadah kelas A.

Polis menemui 25 kilogram benzocaine, bahan yang digunakan untuk melarutkan kokain di sebuah rumah di Liverpool. Ia dipercayai mampu untuk menghasilkan kokain bernilai lebih £1 juta (RM5 juta).

Graham menyewa rumah mewah lima bilik di Brockhall Village, Lancashire dengan bayaran £1,500 (RM7,500) sebulan serta memiliki sembilan kereta, termasuk sebuah Lamborghini Gallardo berharga lebih £40,000 (RM200,000), sebuah Nissan Skyline,dan sebuah Audi Q7.
Polis turut menemui wang tunai berjumlah £5,000 (RM25,000) apabila menyerbu beberapa premis yang dimiliki atau disewanya.

Motosikal, jet ski, motor empat roda, barangan elektrik, barang kemas dan hasil seni bernilai lebih £150,000 (RM450,000) ditemui dalam garajnya.

Pemeriksaan akaun banknya menunjukkan deposit berjumlah lebih £35,000 (RM175,000). Mereka juga merampas jam tangan berjenama Jacobs berharga kira-kira £50,000 (RM250,000) dan rantai leher berlian bernilai £32,000 (RM160,000) daripadanya.

Pada Julai 2011, Graham yang disifatkan oleh polis sebagai ‘orang penting’ dalam bekalan dadah di Barat Laut England mengaku terbabit mengedar kokain dan dipenjara tujuh tahun.
Semalam, dia dihadapkan ke mahkamah Preston dan diberi amaran berdepan dengan hukuman penjara tambahan selama empat tahun setengah jika tidak membayar balik £700,000 (RM3.5 juta). - Daily Mail

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments