Penyakit yang jarang berlaku yang dialami Gleed itu disebut dengan focal Dystonia atau gangguan saraf yang mempengaruhi otot-otot di seputar mata dan menyebabkan kelopak mata menutup dengan sendirinya, tapi masih boleh berkerut dan berkelip.
Gleed pun hampir menghabiskan seumur hidupnya dalam kegelapan hingga suatu ketika ia mencari cara untuk meredakan keadaan, walaupun hanya sementara, yaitu bernyanyi.
"Awalnya kedua mata saya berwarna sangat merah, meradang, gatal dan perih. Lalu saya mula menyedari jika kelopak mata saya boleh menutup sendiri. Saya tak tahu bagaimana menggerakkannya, kecuali jika saya mengangkatnya dengan jari-jari saya," ungkap Gleed.
Menurut Gleed, keadaan ini mengganggu hidupnya kerana ia harus kehilangan pekerjaan sebagai penasihat kerjaya, bahkan ia tak boleh memandu keretanya sendiri.
Keajaiban datang ketika pada suatu hari di tempat Gleed berlatih paduan suara, ia bernyanyi dengan sepenuh hati dan tiba-tiba ia sadar jika ia boleh melihat jurulatih orkes. "Kedua mata saya terbuka!" katanya.
Layaknya tunanetra, Gleed harus berjalan dengan menggunakan tongkat dan kacamata hitam. "Nampaknya ini kerana mata saya sangat sensitif terhadap cahaya ekstrim. Awalnya saya tak mengendahkannya tapi kemudian setelah terkena cahaya itu mata saya mulai terasa perih dan kering.
Saya pun pergi ke doktor pakar mata dan mereka menduga mata saya meradang. Namun ubat-ubatan yang diberikan pada saya tak memberikan apa perbezaan, "tuturnya.
Pelbagai ubat juga telah dicuba oleh Gleed tapi hasilnya nihil. Beberapa diantaranya adalah ubat-ubatan yang dijual bebas di farmasi hingga suntikan botoks yang harus dipakai setiap 10 minit untuk menenangkan otot-otot di sekitar matanya.
Gleed menambah sepanjang hari ia merasa ada pasir di dalam kedua matanya dan rasanya kering sepanjang masa. Keduanya juga tak dapat membuka dan menutup sepenuhnya sehingga menambah kesakitan yang dirasakan Gleed. Namun gejala ini tak berlaku apabila Gleed bernyanyi.
Beruntung Gleed telah menemui cara jitu untuk mengatasi keadaan itu sekaligus hobinya selama ini iaitu menyanyi.
"Bernyanyi juga membuat saya melupakan masalah barang sejenak. Meski sebenarnya agak aneh kerana ketika saya berhenti menyanyi, mungkin pada masa intro atau rehat piano, mata saya menutup tapi seketika saya mula menyanyi,ia akan terbuka kembali," ujarnya.
Focal Dystonia hanyalah salah satu dari jenis penyakit yang jarang berlaku yang menyerang sekurang-kurangnya 70,000 kanak-kanak dan orang dewasa .
"Dystonia adalah gangguan neurologi dimana otak menghantar isyarat yang salah sehingga menyebabkan otot-otot yang menerima isyarat itu menjadi terlalu aktif. Keadaan ini boleh menyerang pelbagai bahagian tubuh yang berbeza, termasuk membuatnya lumpuh atau menyebabkan kesakitan jika digerakkan,"
No comments
Post a Comment