Flashmob parti-parti politik di tepi jalan raya boleh dikatakan sebagai cara berkempen yang digemari anak muda.
Malah, beberapa video flashmob yang dimuat naik dilaman sosial Youtube dan Facebook menunjukkan betapa semangatnya anak muda dalam arena politik.
PAS merupakan antara parti politik yang sering melakukan flashmob sempena PRU13 ini.
Antara kawasan yang menjadi aktiviti flashmob itu adalah seperti di Kuala Terengganu, Putrajaya dan Ipoh.
Tetapi malangnya di Ipoh, aktiviti flashmob berakhir dengan pergaduhan yang melibatkan golongan muda dari dua fahaman politik berbeza.
Pada awal peristiwa, MyNewsHub mendapat berita bahawa sekumpulan pemuda yang memakai baju Barisan Nasional dan ‘I Love Najib’ memukul sekumpulan remaja yang sedang melakukan flashmob.
Setelah menonton video amatur, MyNewsHub terkejut dengan kejadian tersebut.
Menjadi persoalan, kenapa pemuda BN itu sangat berani bergaduh, memukul pihak lawan?
Adakah wujudnya provokasi? Pasti ada pihak yang memulakannya.
Dan semalam, sebuah video rakaman amatur menunjukkan situasi sebenar kejadian yang berlaku si Station 18, Ipoh itu.
Pada awal video tersebut, pihak Pakatan Rakyat melakukan flashmob di setiap penjuru dan di lampu isyarat persimpangan Tesco Station 18.
Mempunyai jumlah yang ramai, rata-rata antara mereka membawa sepanduk serta bendera-bendera parti komponen Pakatan Rakyat.
Secara tiba-tiba, hadir sekumpulan pemuda bermotosikal yang berhenti di lampu isyarat persimpangan tersebut.
Tidak semena-mena, hadir sekumpulan lelaki yang membawa bendera DAP dan PKR berdiri di hadapan pemuda bermotosikal. (Minit 3.33)
Apabila lampu isyarat hijau, semakin ramai peserta flashmob menghalang pemuda bermotosikal dan menghalang laluan kenderaan lain. (Minit 3.43)
Sehinggakan kereta kancil yang berada di persimpangan lampu isyarat tidak dapat melepasi kumpulan flashmob tersebut. (Minit 3.50)
Minit 3.23 – Seorang lelaki yang berada dalam kumpulan peserta flashmob itu menendang salah seorang penunggang motosikal.
Minit 4.30 – Beberapa orang yang sedang memegang bendera PKR dan PAS memukul penunggang motosikal berhelmet oren. Kemudian datang seorang lelaki berbaju hitam yang tertera perkataan ‘INIKALILAH’ menolak lelaki berhelmet oren.
Minit 4.34 – Motosikal lelaki helmet oren itu jatuh dan dia hanya berdiri meilihat motosikalnya.
Minit 4.40 – Melihat rakan mereka ditendang, pemuda bermotosikal bertindak berpatah semula ke persimpangan tersebut.
Itulah permulaannya bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.
Pihak pembangkang pada awalnya hanya memuat naik video yang menunjukkan pemuda bermotosikal sedang memukul peserta flashmob.
Jika tiada provokasi serta flashmob dilakukan secara aman, pastinya tidak berlaku kejadian sebegini.
Memulakan provokasi dengan:
1. Menghalang lalu lintas pengguna jalan raya.
2. Memukul pengguna jalan raya dengan batang bendera.
Kenapa perkara tersebut perlu dimulakan? Adakah kumpulan pemuda bermotosikal menghalang mereka melakukan flashmob?
Jikal menggunakan emosi ketika berkempen, ini lah jadinya.
Kita tahu golongan muda ini berdarah panas, tidak perlu mewujudkan provokasi serta sentimen kebencian.
Ohhh terlupa pula, bukankah Anwar Ibrahim yang mencetuskan demonstrasi serta pergaduhan di jalanan ini.
Nampaknya, pengaruh tersebut berjaya disemat dalam hati pengikutnya.
Flashmob yang sepatutnya menjadi satu medium berkempen sebaliknya menjadi medium memburukkan nama parti tersebut. [Mynewshub.my]
No comments
Post a Comment