Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Keira Knightley Kini Isteri James Righton!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Keira
SELEPAS melakukan pelbagai persiapan, akhirnya aktres Keira Knightley sah berkahwin dengan James Righton, vokalis dan pemain keyboad kumpulan Klaxons pada Sabtu lalu.
Menurut laporan Dailymail, majlis perkahwinan itu diadakan dia dewan La Mairie Hall di Mazan, Selatan Perancis.
Uniknya, perkahwinan mereka cukup sederhana dengan disaksikan hanya 11 orang tetamu termasuklah beberapa ahli kumpulan James.
“Keira seorang pengantin perempuan yang sangat mengagumkan dan sederhana, begitu juga dengan James,” katanya salah seorang rakan mereka Alexa Chung, yang juga merupakan pengacara TV (televisyen).
Alexa merupakan sahabat James yang telah memperkenalkan mereka sehingga menjadi pasangan kekasih dan kini suami isteri.
Dengan gaya ala Bohemian, Keira tampak jelita walaupun hanya memakai gaun biasa.
Selepas acara pernikahan, mereka ke rumah keluarga Keira dan mengadakan resepsi dengan kehadiran sebanyak 50 orang tetamu sahaja.
Antara selebriti lain yang hadir ialah Sienna Miller, Alexa Chung dan pereka jenama Channel, Karl Lagerfeld. – mStar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments