Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pelajar kaum cina Terbalikkan Bendera Malaysia!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Mohammad Rizan Hassan

KUALA LUMPUR – Penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2011, Mohammad Rizan Hassan membidas tindakan sekumpulan pelajar kaum Cina yang cuba mencetuskan provokasi dan kemarahan rakyat Malaysia.
Beliau yang juga dan Tokoh Belia ASEAN 2011 berkata, tindakan pelajar yang dipercayai penuntut di luar negara itu menyebarkan dua keping gambar bendera Malaysia dalam keadaan terbalik tidak harus dipandang mudah.
“Ini satu cubaan mencetuskan provokasi dan kemarahan rakyat dengan menyebarkan gambar bendera Malaysia diterbalikkan beramai-ramai dan isyarat tidak bagus. Ia adalah perbuatan biadap, angkuh dan melambangkan kebodohan diri sendiri.
“Gambar-gambar ini diedarkan secara berleluasa sejak semalam di laman Facebook. Saya percaya mereka yang tidak berakal ini sengaja melakukannya tatkala keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) sedang hangat diperkatakan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
IMG-20130506-WA006
IMG-20130506-WA005
Mohammad Rizan berkata, rakyat pelbagai kaum di negara ini mesti peka dengan keperluan mewujudkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain dan berwaspada terhadap sensitiviti agama serta budaya.
Justeru, katanya, rakyat Malaysia perlu memandang serius soal perpaduan dan kecintaan pada negara dan tidak mengambil mudah perkara itu kerana kelakuan boleh menterjemahkan perkara sebaliknya. – mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments