Menjelaskan perkara itu, Hanis berkata kepada portal Gua.com.my, “selalunya saya akan sampai dua jam sebelum sesi penggambaran bermula dan saya tidak pernah gagal untuk menghadiri sesi latihan pada malam sebelumnya. Saya hanya menyelesaikan apa yang penerbit minta saya lakukan. Kalau betul saya bermasalah, dari dulu lagi sudah semestinya perkara ini akan menjejaskan kerjaya lakonan dan pengacaraan saya. Kemungkinan ada sedikit salah faham yang berlaku”.
Berikutan masalah displinnya itu, dia dikatakan bakal dibuang daripada mengacarakan program terbabit.
Namun Hanis pantas menyangkal tuduhan itu dengan mengatakan dia masih bergelar pengacara cuma khidmatnya sebagai penulis skrip bagi program terbabit sahaja tidak diteruskan.
“Sebenarnya untuk mengacarakan program itu, saya minta untuk tulis skrip sendiri. Saya rasa lebih senang berbuat begitu kerana tidak mahu penampilan saya nampak kaku kerana terlalu mengikuti skrip. Apa yang akan dibuang nanti mungkin salah satu daripada skop kerja saya sahaja, iaitu menulis skrip. Bukan tugas pengacaraan,” jelasnya.
Sebelum ini juga pelbagai perkara kurang enak yang didengar mengenai pelakon cantik ini namun diharapkan dengan penjelasan yang diberikannya itu dapat melenyapkan segala kontroversi tersebut.
No comments
Post a Comment