Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Aerosmith Mohon Maaf, Batal Konsert Di Jakarta !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Aerosmith Mohon Maaf, Batal Konsert Di Jakarta
Jakarta – Kumpulan rock Aerosmith membatalkan konsertnya di Jakarta, pada 11 Mei ini atas sebab-sebab keselamatan biarpun 15,000 keping tiket sudah terjual.
Menurut penganjur konsert berkenaan, Helmi Sugara, antara sebab utama pembatalan konsert tersebut ialah tersebarnya berita terdapat komplot untuk meletupkan kedutaan Myanmar di Jakarta.
“Kumpulan itu membatalkan konsert berkenaan, sehari selepas pihak berkuasa Indonesia menahan dua suspek pengganas bersama dengan bahan letupan.
“Mereka dipercayai merancang meletupkan kedutaan berkenaan bagi membantah layanan yang dikenakan ke atas penduduk Islam di Myanmar,’’ katanya.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada keputusan membatalkan konsert itu dibuat kerana komplot letupan berkenaan atau mungkin akibat ancaman lain.
Dalam pada itu, penganjur konsert itu, dalam laman webnya menyatakan kumpulan Aerosmith memohon maaf kepada peminatnya di Indonesia.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments