Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] ‘Pil gemuk’ Untuk Montel Macam Aishwarya Rai!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Aishwarya Rai
New Delhi – Bintang Bollywood dan bekas Ratu Dunia, Aishwarya Rai, sering dianggap sebagai wanita tercantik di dunia tetapi pernah dikritik tahun lalu apabila dia gagal menurunkan berat badan selepas bersalin anak pertama.
Walaupun sesetengah peminat mendakwa bekas model berusia 39 tahun itu memalukan India, sebahagian daripada wanita negara itu malah mahu meniru bentuk fizikal Aishwarya yang berisi itu.
Antara mereka ialah aktres Bollywood sendiri, Vidya Balan dan Sonakshi Sinha
Beberapa doktor memberitahu, sesetengah wanita di India mengambil ubat berasaskan steroid – digelar sebagai “pil gemuk” – untuk menaikkan berat badan.
Kata doktor, ubat itu berisiko menyebabkan penggunanya mengalami kerosakan limpa dan buah pinggang, selain osteoporosis.
Dalam kes tertentu, pil berkenaan boleh menyebabkan seseorang buta.
Seorang pakar perunding buah pinggang berkata, wanita muda kini terpengaruh untuk mengubah bentuk fizikal menyerupai selebriti.
Kata Sanjeev Bagai, wanita muda menganggap badan yang berisi di sesetengah tempat lebih bersifat feminin.
“Pada masa sama, tekanan daripada suami supaya mereka lebih menggiurkan mendorong sesetengah isteri mengambil pil tertentu yang merangsang selera seseorang,” katanya.
Menurut Sanjeev, pil itu menyebabkan kesan sampingan berbahaya seperti kegagalan buah pinggang, penyakit kuning, loya dan halusinasi.
Sebuah majalah di India baru-baru ini menyiarkan rencana mengenai kecenderungan ramai wanita negara itu untuk kelihatan berisi.- Daily Mail

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments