Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Nad Zainal Enggan Bawa Watak Di Ranjang!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Nad Zainal
Pelakon yang semakin meningkat naik namanya di persada seni tempatan, Nad Zainal menyatakan keenggannannya untuk melakukan sebarang watak penggoda atau beraksi di ranjang sekiranya dia ditawarkan watak sedemikian oleh pihak produksi.
“Saya mahu orang ramai mengenali saya kerana bakat dan kebolehan, bukan dek watak menggoda dan pandai bergaya seksi. Saya tidak reti nak berbuat begitu,” katanya yang memetik laporan Berita Harian hari ini.
Bagi pelakon comel ini, dia lebih rela dicaci dan dihina masyarakat hasil keberkesanannya dalam menjayakan karakter hitam daripada menanggung malu kerana melakonkan watak seksi atau penggoda.
“Saya boleh terima apa saja watak yang dihulurkan, tetapi saya akan elak watak menggoda dan seksi. Itu bukan cara saya. Hendak popular tidak semestinya kena dedah sana sini, cukup sekadar bakat,” ujarnya lagi.
Kenyataan yang diberikan oleh graduan Diploma Teater ASWARA ini bukan bermaksud dia bersikap ‘demand’ sebaliknya mahu menjaga harga diri, hati keluarga dan perasaan teman istimewanya.
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 23, kini sedang giat menjalani penggambaran musim kedua Memberku Hawa yang turut dibintangi oleh Siti Saleha, Bella Dally dan Zain Hamid.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments