Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Zed Zaidi Terima Pelawaan Ke Lahad Datu!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Zed Zaidi
KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menerima pelawaan untuk menyertai misi bantuan berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,33, yang ditauliahkan pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) memberitahu telah menerima surat pelawaan secara rasmi pada minggu lalu.
“Saya terima pelawaan untuk menyertai misi bantuan tersebut pada Jumaat lalu, namun buat masa ini belum lagi menyatakan persetujuan kerana banyak program yang telah dirancang dalam masa terdekat ini.
“Saya dipanggil ke sana adalah bagi melihat dan merasai pengalaman untuk dikongsi dengan golongan artis,” katanya ketika ditemui pada malam pelancaran Tabung Wira Negara, di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), di sini, malam Rabu.
Pelancaran tabung itu adalah bertujuan untuk mengutip derma bagi membantu keluarga anggota perajurit negara yang terkorban dan cedera dalam menentang pencerobohan di Sabah.
Tambah Zed, dia mungkin akan menyertai misi tersebut selepas beberapa program yang dianjurkan selesai.
“Kalau boleh saya ke sana tidak hanya datang melihat, saya mahu sampaikan bantuan apa yang termampu, oleh itu juga saya merancang beberapa program untuk mengutip sumbangan agar boleh disalurkan ke sana nanti,” katanya.
Sehubungan itu katanya, lima mini konsert amal Malam Nurani Rakyat akan dianjurkan di beberapa kawasan di Selangor bagi membolehkan kutipan dibuat.
“Kita akan buat kutipan sebanyak mungkin untuk memberi bantuan segera kepada mereka yang memerlukan dan keluarga perajurit kita yang berjuang di Lahad Datu.
“Kutipan ini sebagai tanda keprihatinan golongan artis dengan apa yang terjadi dalam negara dan ingin membantu setakat yang termampu,” katanya.
Antara lokasi konsert tersebut adalah sekitar Selangor iaitu di Kampung Datuk Harun (24 Mac), Subang (30 Mac), Klang (31 Mac), Ampang (6 Mac) dan Kota Raja (7 Mac).
Konsert mini tersebut akan dijayakan lebih 30 orang artis baru dan lama bermula 8.30 malam.
“Projek ini baru sahaja kita cadangkan dan ia berjalan lancar dengan mendapat banyak bantuan dan tajaan daripada beberapa pihak termasuk Pergerakan Pemuda Umno Selangor.
“Selain itu, ramai artis-artis kita yang berminat mahu menyertai konsert mini Malam Nurani Rakyat ini,” ujarnya.- mStar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments