Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Peserta American Idol Tribute Lagu The Beatles!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

American Idol
Pentas persaingan konsert mingguan rancangan realiti nyanyian nombor satu di seluruh dunia, American Idol diteruskan pada malam ini dengan sembilan peserta yang masih tinggal.
Rancangan yang sudah memasuki musim ke 12 itu diacarakan oleh Ryan Seacrest serta dimeriahkan dengan barisan juri terkenal seperti Mariah Carey, Nicki Minaj, Keith Urban dan Randy Jackson.
Menurut sumber People US, sembilan peserta yang tinggal itu telah diberi tanggungjawab untuk menyanyikan variasi lagu kumpulan legenda British, The Beatles yang dianggotai oleh Sir Paul McCartney, John Lennon, George Harrison dan Ringgo Star.
Antara lagu popular Beatles yang bakal diperdengarkan pada malam ini di saluran Astro Star World ialah Yesterday yang didendangkan oleh Angie Miller,She’s Leaving Home (Amber Holcomb) dan Candice Glover dengan lagunya Come Together.
Minggu lalu, peserta American Idol telah menyanyikan lagu duet Yuna bersama kumpulan Owl City berjudul Shine Your Way yang juga merupakan lagu tema filem animasi 3D The Croods.
American Idol sememangnya terkenal sebagai lubuk pencarian penyanyi berbakat dan telah melahirkan penghibur hebat seperti Kelly Clarkson, Carrie Underwood, Adam Lambert dan David Cook.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments