Sejumlah wakil rakyat di Parlimen Ukraine bertumbuk dan menarik rambut sesama mereka semasa satu sesi perdebatan berlangsung di sini kelmarin.
Kejadian itu berlaku apabila seorang ketua wakil rakyat daripada sebuah parti pemerintah, Oleksandr Yefremov berucap dalam bahasa Rusia.
Yefremov kemudian disindir oleh wakil rakyat pembangkang yang mahu dia bercakap dalam bahasa Ukraine.
Wakil rakyat pembangkang dan pemerintah kemudian saling sindir-menyindir menyebabkan pergaduhan tersebut berlaku.
Speaker Parlimen, Volodymyr Rybak kemudian menjerit meminta pergaduhan tersebut dihentikan.Bagaimanapun, sesi perbahasan itu disambung semula selepas sejam ditangguhkan ekoran kejadian itu setelah semua wakil rakyat berkenaan berhenti bergaduh.[kosmo]
No comments
Post a Comment