Biarpun tindak-tanduk peminat berusia 15 tahun itu kadangkala mencemaskan Najwa, namun penyanyi ini memberitahu dia masih boleh berhadapan dengan situasi itu selagi peminat terbabit tidak bertindak di luar kawalan.
“Setakat ini saya boleh lagi menghadapi kerenah dia sebab dia tidak bertindak di luar kawalan. Lagipun saya mempunyai pengurus yang boleh mengawal situasi sekiranya peminat itu mahu berbuat apa-apa saya tidak punya masalah dengan dia. Cuma kadang-kadang perbuatan dia agak di luar jangkaan, contohnya baru-baru ini dia sanggup menunggu saya di sebuah stesen radio dari jam 6.00 petang hingga jam 12.00 tengah malam semata-mata hendak berjumpa dengan saya. Selain itu, dia juga mahu mengambil tahu serba-serbi tentang saya. Dia juga ada buat fanpage saya di laman Facebook,” dedah Najwa melalui portal Gua.
Nasib baiklah fanatik dia masih boleh dikawal, kalau kat Hollywood macam-macam kes selebriti di sana pernah diganggu lebih teruk daripada ini.
Semoga industri hiburan tempatan tidak jadi seperti situasi di sana hendaknya.
Peminat pun haruslah berpada-pada dalam meminati seseorang artis itu ya.
Sementara itu, dalam sebuah blog ada menyatakan bahawa Najwa mendapat keputusan 4A dalam SPM yang diambilnya tahun lepas.
Najwa, 18, sebelum ini pernah menyatakan bahawa menyambung pelajaran dalam bidang TESL kerana berminat untuk menjadi pendidik seperti ibunya.
No comments
Post a Comment