Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pelajar Sulu: 'Saya hanya mampu berdoa'
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Syed Mohd Ashrul
JASIN - “Setiap hari saya hanya mampu berdoa agar negeri kelahiran saya kembali aman, tidak sanggup lagi mendengar berita buruk tentang Sabah,” luah seorang pelajar berketurunan Sulu dan Bajau, Syed Mohd Ashrul Hawati, 19.
Katanya, sejak insiden di Lahad Datu tercetus, dia sentiasa hiba dan bimbang mengenangkan keluarganya yang berada di Semporna serta Tawau, Sabah.


Menurutnya, dia mengetahui dirinya berketurunan Sulu daripada ibu kandungnya namun seumur hidup dia tidak pernah mengenali saudara maranya itu.

"Biarpun tidak tinggal bersama ibu kandung, namun saya sentiasa merindukan keluarga.

"Saya dimaklumkan ayah berketurunan Sulu tetapi sejak kecil ayah meninggalkan kami sekeluarga dan saya diserahkan kepada keluarga angkat kerana kesempitan hidup," katanya yang menuntut di Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin.
Syed berkata, dia bersyukur apabila rakan-rakannya di IKM tidak pernah meminggirkannya.


"Di asrama ada rakan memanggil saya Sulu, tetapi saya tidak berkecil hati dan menganggap ia gurauan.

"Sejujurnya saya tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh bangsa saya sendiri itu," katanya yang merupakan anak ke-13 daripada 14 beradik.

Malah katanya, berharap masyarakat tidak bersikap prejudis terhadap dirinya dan penghijrahannya di Melaka pada Jun tahun lalu demi menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran serta tidak mempunyai sebab lain.

"Saya juga mengakui butiran diri saya juga pernah diambil oleh pihak polis," katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments