Seorang lelaki India yang dikenali dengan nama Hussaini ini, mempamerkan sebuah karya seni yang dibuat dari darah manusia.
Seni patung kepala J. Jayalalitha, Ketua Menteri negeri Tamil Nadu, itu dibuat dari 11 liter darah manusia yang telah dibekukan. Darah tersebut dikumpulkan dari darahnya sendiri "Hussaini" dan 32 orang muridnya.
Hussaini adalah seorang tukang patung dan guru memanah dari Chennai yang mempunyai idea untuk merayakan ulang tahun J. Jayalalitha yang ke-65.
Hussaini rupanya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli politik tersebut kerana telah menyokong perkembangan sukan memanah di India. Oleh itu,dalam masa 3 bulan, Hussaini menyedut darahnya secara berperingkat.
Kemudian darah itu disimpan,sambil menunggu peluang untuk menggunakannya sebagai media untuk patung. Malangnya, ketika itu Hussaini hanya mempunyai 6,5 liter darah, sedangkan projeknya memerlukan 11 liter.
Mujurlah, 32 murid memanahnya bersedia untuk menyumbangkan 4.5 liter darah tambahan yang diperlukan untuk menyelesaikan projek tersebut.
"Darah merupakan simbol dari keberanian dan pengorbanan Tamil Thaai - ibu dari Tamil. Jadi, ini adalah wujud rasa hormat saya untuk menteri," kata Hussaini kepada New India Express.
Pekara pertama yang dilakukan Hussaini untuk membuat patung darahnya adalah menyiapkan tanah liat. Kemudian menyiapkan cetakan silikon yang diisi dengan campuran tanah liat dan 11 liter darah. Cetakan itu dibekukan pada suhu -27 darjah Celcius, selama dua bulan.
Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Tagged with: [Wow] - Macam macam
About Unknown
PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment