Mereka juga digesa agar menutup akaun Facebook dan Twitter rasmi kumpulan tersebut. Menurut pihak yang kurang senang dengan status tersebut, ia mampu memberi kesan negatif kepada peminat mereka yang di bawah umur.
Ini kerana selepas beberapa jam status tersebut dimuat naik, ia mendapat respons ‘like’ sebanyak 6,000 di laman sosial Facebook.
Malah, salah seorang daripada peminat mereka menulis: “Saya akan meminta izin bapa saya untuk mencacah tato walaupun saya baru berusia 13 tahun.”
Sementara itu, status yang sama telah retweet sebanyak 4,000 kali di Twitter. One Direction memiliki lebih 10 juta pengikut di laman sosial tersebut.
Selepas digesa, pihak pengurusan mereka telah membuang status tersebut.
Ia menjadi kontroversi kerana di Amerika Syarikat, had usia yang membolehkan seseorang mencacah tatu adalah 18 tahun ke atas. – MalaysianDigest
No comments
Post a Comment