Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Angry Birds jadi siri kartun! Disiarkan mulai hujung minggu ini!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Angry Birds
HELSINKI - Permainan aplikasi Angry Birds yang menjadi kegilaan ramai bakal disiarkan dalam bentuk siri kartun, hujung minggu ini.


Jurucakap syarikat yang menghasilkan aplikasi mudah alih popular Revio berkata, pelancaran siri itu bertujuan memberikan hiburan kepada peminat dan pengikut setia permainan tersebut.
“Ia  akan menampilkan pengembaraan burung yang pernah muncul dalam permainan sebelum ini.

"Angry Birds Toons boleh dimuat turun melalui perkhidmatan atas permintaan, dan akan disiarkan di saluran televisyen seperti FOX8 di Australia, ANTV di Indonesia, Cartoon Network di India, MTV3 Junior dan MTV3 di Finland,” katanya dalam laporan Reuters
Angry Birds telah meluaskan pengaruhnya melalui pengeluaran barangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan watak burung berwarna-warninya itu banyak dijual dan juga boleh didapati pada baju serta produk minuman.


Disember lalu, Eksekutif Hollywood, David Maisel dilantik sebagai penerbit eksekutif filem animasi 3D yang dijangka diterbitkan pada 2016.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments