Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Banduan merancang mahu letupkan Justin Bieber!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Justin Bieber
LOS ANGELES – Bintang pop remaja, Justin Bieber sekali lagi menjadi sasaran satu plot pembunuhan yang dirancang oleh penjenayah sama, Dana Martin, lapor portal berita metro.co.uk kelmarin.
Martin, 45, merancang meletupkan Bieber, 19, dengan mengupah seseorang yang akan meletakkan sebutir bom di tempat dia membuat persembahan.
Dia yang merupakan banduan di sebuah penjara di New Mexico dilaporkan menghantar sepucuk surat mengenai rancangannya kepada sebuah stesen televisyen di Amerika Syarikat.
Lelaki itu mahu membunuh penyanyi tersebut selepas bintang kelahiran Kanada itu tidak membalas suratnya.
Martin dijatuhkan hukuman penjara selama 978 tahun kerana kesalahan merogol dan membunuh seorang gadis berusia 15 tahun pada 2000.
Pada November tahun lalu, dia mahu Bieber dikasi dan dibunuh termasuk pengawal peribadinya. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments