Katanya yang dipetik dari Rotikaya.com, dalam lakonan terbarunya di bawah arahan Khabir Bhatia, dia dikehendaki memakai silikon yang memerlukan masa hampir 2 jam untuk disolek.
“Silikon itu ialah satu benda yang menguji kami sebagai pelakon, ini kerana masa yang diambil selama 2 jam untuk make-up sahaja.
“Silikon ini tidaklah sampai luka-luka kulit kita tetapi ianya mengambil masa yang agak panjang untuk touch-up semula apabila dia terkopek dan ini amat menyukarkan kami sebagai pelakon,” katanya.
Tetapi bagi Umie Aida, dia berasa bertuah kerana akhirnya dia dapat bekerjasama dengan pengarah kreatif seperti Khabir Bhatia yang sangat membantu dan memahami situasi sebagai pelakon.
Dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil ini, Umie Aida melakonkan watak sebagai Ibu Yani.
Bagi anda peminat-peminat filem seram jangan lupa untuk menyaksikan lakonan terhebat Remy Ishak, Diana Danielle, Datin Paduka Umie Aida, dan Sharnaaz Ahmad pada 28 Mac ini.
No comments
Post a Comment