Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] PANAS! : 'Keranda' Tian Chua Dikesan di depan pejabat PKR Melaka!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Keranda olok-olok dengan potrait Naib Presiden PKR Tian Chua dikesan di depan pejabat parti itu di Melaka hari ini.

Ketua Penerangan Hairiz Nordin berkata, petugas parti menemui keranda olok-olok bersarung kain hitam dengan bunga berkalung di gambarnya.

"Saya syak insiden ini berkaitan dengan kenyataan Tian Chuan berhubung isu Lahad Datu," kata Hairiz.

Malaysiakini belum dapat menghubungi Tian Chua bagi mendapatkan komennya berhubung perkara iu.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang semalammengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut akta hasutan atas kenyataan yang mengaitkan Umno dengan krisis di Lahad Datu - yang didakwa dikeluarkannya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas MP Batu itu.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 atas kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu. Malaysiakini

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments