Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pelakon lelaki seksi Kelahiran Malaysia Lakon babak Panas!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Keith Foo
Pelakon kelahiran Malaysia yang sudah hampir 10 tahun membina nama di Indonesia, Keith Foo menyatakan bahawa dia seorang yang profesional apabila melibatkan lakonan yang menuntutnya untuk beraksi daring bersama pasangan pelakon yang terlibat dengannya.
Dia menyatakan, “untuk saya bersedia atau tidak berlakon aksi panas di sini, itu bukanlah soalan yang perlu dibangkitkan.
“Sebaliknya, sama ada pelakon itu profesional ataupun tidak untuk melakukan babak berkenaan,” katanya kepada portal Murai.
Sebelum ini dia pernah berlakon yang memaparkan babak romantis yang agak daring di antara dirinya dan pelakon seksi negara seberang iaitu Dewi Persik.
Pelakon yang berusia 30 tahun ini menjelaskan kepulangannya ke tanah air bukanlah disebabkan dia sudah tidak laku di Indonesia.
Sebaliknya dia pulang untuk kedua ibu bapanya dan bertujuan untuk mengembangkan bakatnya di sini pula.
Selain itu, dia juga baru-baru ini digosipkan bercinta dengan pelakon cantik, Fathia Latiff tetapi tidak pernah mengulas lanjut mengenai perkara itu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments