SELEPAS dikhabarkan membatalkan pertunangan dengan Liam Hemsworth, Miley Cyrus sempat tertangkap oleh lensa kamera tidak memakan cincin pertunangannya itu.
Ini seolah-olah menunjukkan khabar angin pembatalan perkahwinan mereka benar. Lebih-lebih lagi apabila Miley telah keluar bersama dengan lelaki lain.
"Dalam masa dua hari berturut-turut, Miley dan Liam langsung tidang keluar bersama. Cincin pertunangan mereka juga sudah tidak ada di jari masing-masing.
"Peliknya, Miley telah keluar dengan seorang lelaki misteri menuju ke sebuah majlis di Hollywood, kata sumber kepada E! Online.
Miley menerusi akaun Twitter miliknya pula menegaskan perhubungan mereka masih lagi dalam keadaan baik.
Bagaimanapun dia tidak menjelaskan identiti lelaki yang dia telah keluar bersama itu.
No comments
Post a Comment