Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pemain bola mati akibat sering menanduk bola!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Seorang pemain bola sepak di Bacup, Lancashire berumur 27 tahun meninggal dunia selepas diserang strok akibat sering menanduk bola.

Bryan Herbert yang menyertai pasukan Bacup Borough, rebah beberapa jam selepas satu perlawanan, sebelum meninggal dunia lapan minggu selepas dia dimasukkan ke hospital.
Herbert adalah penyerang yang sering menjaringkan gol untuk pasukkannya serta dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Inkues menunjukkan satu darah beku di otaknya yang disebabkan oleh tindakannya yang sering menanduk bola, sekali gus menyebabkannya diserang strok.

Kejadian bermula pada Ogos lalu, apabila dia mengadu sakit kepala kepada teman wanitanya selepas satu perlawanan, sebelum rebah sejurus selepas itu.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia pada Oktober lalu dengan teman wanitanya, Vicky Bruty dan ahli keluarga berada di sisi.

Herbert yang merupakan peminat seumur hidup Liverpool, bermain untuk pasukan Bacup Junior sejak berumur 12 tahun, sebelum berpindah ke pasukan senior ketika berumur 16 tahun.

Dia turut bermain dengan satu lagi pasukan amatur, Stacksteads St Josephs dan menjadi kapten pasukan kelab tempatan itu.[utusan]

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments