SELEPAS hampir satu setengah tahun, akhirnya Demi Moore terbuka hati untuk menguruskan surat penceraiannya dengan Ashton Kutcher yang selama ini sering meminta Demi menandatangani surat berkenaan dengan segera.
Menurut laporan portal Aceshowbiz, sebelum ini Demi seperti enggan melepaskan Ashton namun respons untuk menandatangani surat cerai itu dibuat selepas Ashton merayu kepadanya tiga bulan lalu.
Pada dokumen tersebut, wanita berusia 50 tahun itu memperjelaskan bahawa mereka telah berpisah pada 17 November 2011 namun tidak bercerai secara rasminya.
Pada awal tahun 2012, Ashton sudah mula meminta Demi menandatangani surat cerai itu namun Demi seperti tidak mengendahkannya walaupun sudah beberapa kali aktor berusia 35 tahun itu memujuknya.
Penceraian Demi dan Ashton berlaku disebabkan oleh kenakalan aktor itu yang telah berselingkuh dengan seorang wanita bernama Sara Leal.
Bagaimanapun sejak perpisahan itu, Ashton menjalinkan hubungan dengan aktres Mila Kunis pula.
No comments
Post a Comment