Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Buaya pertama di dunia menggunakan ekor tiruan! Fuhyoo!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Buaya Pertama Di Dunia Guna Ekor Tiruan

Arizona – Mr Stubbs menjadi buaya pertama di dunia mendapat ekor tiruan selepas ekornya kudung digigit oleh buaya lain dalam satu pergaduhan.
Dengan mendapat ekor tiruan itu, ia memboleh buaya yang diberi nama Mr Stubbs kembali berenang dalam air.

Pembedahan menyambung ekor tiruan itu yang dibuat dengan campuran getah dan silikon itu dijalankan di Herpetological Society di Phoenix, melibatkan kos berpuluh ribu ringgit.
Menurut anggota Herpetological Society, Russ Johnson, Mr Stubbs masih muda ketika binatang berkenaan terlibat dalam pergaduhan dengan buaya lain, menyebabkan ia menjadi mangsa.
“Ekor umpama nyawa kepada seorang buaya, tanpanya ia tidak boleh berenang dan bergerak dalam air,’’ katanya.
Menurut Johnson, Mr Stubb ditemui bersama 32 buaya yang lain dalam sebuah trak ketika trak berkenaan yang dalam perjalanan ke Arizona ditahan  pihak berkuasa.
Ia kemudiannya diserahkan kepada Herpetological Society yang mempunyai 1,500 binatang reptilia.
“Apabila kami meletakkan Mr Stubb dengan buaya lain, kami dapati ia tidak boleh masuk ke dalam air yang dalam,’’ katanya.
Menyedari binatang itu memerlukan ekor baru, maka sepasukan pakar reptilia diketuai Justin Georgi, dari  Center for Orthopedic Research and Education telah dipanggil bagi membantu.
Acuan ekor tiruan itu dibuat sama saiz dengan buaya sebaya Mr Stubbs.
“Salah satu perkara menarik mengenai Mr Stubbs ialah ia dapat membiasakan diri dengan cepat, dengan ekor tiruan berkenaan dan mula bergerak dan berenang seperti buaya normal yang lain.
“Sepanjang tempoh 60 tahun umurnya, Mr Stubbs memerlukan penggantian ekor tiruan sebanyak 40 kali,’’ kata Johnson.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments