Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Bieber Batal Konsert Di Portugal! Konsert Kurang sambutan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Bieber

LISBON – Penyanyi terkenal Kanada, Justin Bieber membatalkan satu daripada dua konsertnya di Portugal yang dijadualkan berlangsung pada minggu ini, menurut promoternya.
Menurut laman promoter muzik penyanyi itu kelmarin, Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung pada Selasa depan di sini.

Promoter itu menyatakan, konsert Bieber akan diadakan pada hari ini.
Sebuah akhbar Portugal menyatakan, konsert pada hari pertama telah habis dijual.
Namun, jualan tiket untuk konsertnya esok digantung kerana sambutan yang tidak menggalakkan.
Semasa berada di London, penyanyi berkenaan telah menimbulkan kemarahan sejumlah peminatnya kerana lewat tiba di Arena O2.
Bieber juga menghadapi kesukaran bernafas yang menyebabkan dia terhenti seketika semasa membuat persembahan pada Khamis lalu.
Dia kemudian dimasukkan ke sebuah hospital untuk menjalani rawatan sebelum penyanyi itu membuat persembahan pada Jumaat lepas.
Penyanyi yang berusia 19 tahun itu juga berbalah dengan seorang jurugambar di luar hotel penginapannya di London.
Rakaman video yang menunjukkan dia memarahi jurugambar itu disiarkan di saluran Channel 5 News dan disiarkan di media Britain pada Jumaat lalu.
Seorang anggota keselamatan penyanyi itu bertindak menghalang Bieber daripada berbalah dengan jurugambar tersebut.
“Kadangkala apabila terdapat orang yang berasak-asak menghalakan kamera ke arah muka anda pada setiap hari dan menjerit perkara yang teruk ke arah anda…saya juga manusia. Minggu yang sukar,” katanya di sebuah laman rangkaian sosial. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments