Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Kecewa Rupanya Kekasih Sama Jantina
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

MIRI – Harapan seorang lelaki untuk hidup bahagia dengan pasangannya berkecai selepas dia secara tidak sengaja mengetahui jantina sebenar kekasihnya ketika berkunjung ke sebuah pusat hiburan di sini, tiga hari lalu.
Kakitangan syarikat swasta berusia 26 tahun itu turut mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 sepanjang menanggung perbelanjaan kekasih dikenali sejak lebih setahun itu.
Menurut sumber, lelaki itu langsung tidak menyangka kekasihnya berusia 20-an sebenarnya seorang lelaki sehingga secara tidak sengaja tersentuh bahagian sulit pasangannya itu ketika berkunjung ke pusat hiburan itu.
Katanya, terkejut dengan perkara itu lelaki terbabit cuba mendapatkan penjelasan dan kepastian mengenai identiti pasangannya itu sebelum dia mengakui seorang pondan.
“Pengakuan itu amat mengejutkan lelaki itu kerana sebelum ini dia langsung tidak mengesyaki identiti sebenar pasangannya berikutan berperwatakan lemah lembut serta kecantikan dimilikinya membuatkan dia yakin kekasihnya itu wanita.
“Lelaki itu mendakwa membelanjakan banyak wang termasuk menggunakan simpanan sepanjang perkenalan mereka semata-mata untuk membuktikan kasih sayangnya terhadap kekasihnya itu,” katanya.
Susulan itu, lelaki itu yang merasai dirinya tertipu membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, kelmarin, selepas gagal menghubungi bekas kekasihnya itu sebaik tembelangnya terbongkar.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan kes itu. – Harian Metro Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments