Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kes bunuh Eksekutif TV9 dipindah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini memindahkan perbicaraan kes bunuh eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas kes itu disebut semula hari ini.

Norazman Bashah, 32, bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, antara jam 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah. – BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments