Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Ahli perniagaan di Kulim ditembak ketika melawan perompak!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KULIM – Seorang ahli perniagaan yang terkena sedas tembakan bertindak berani melawan seorang perompak dengan sebatang penyapu dalam kejadian di Taman Sawi dekat sini hari ini.
Dalam cubaan rompakan 12.45 tengah hari itu, ahli perniagaan itu, N. Letchumanan, 52, melawan seorang perompak bersenjatakan sepucuk pistol yang tiba-tiba masuk ke dalam sebuah bilik rehat berhampiran rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh berkata, mangsa diarahkan supaya duduk oleh lelaki itu yang bertindak mengacukan pistol tetapi mangsa cuba melawan.
”Mangsa sempat menyabar sebatang penyapu untuk melawan dan ketika itu perompak tersebut telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan satu daripadanya kena bahagian belakang lengan kanan mangsa dan tembus bahagian hadapan lengan tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Ghuzlan berkata, dalam keadaan cedera, Letchumanan sempat mengejar perompak yang lari keluar dari bilik rehat tersebut lalu bergegas menaiki sebuah motosikal dengan seorang lagi rakannya yang menunggu lalu melarikan diri.
“Letchumanan dengan bantuan pekerjanya telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat tembakan yang dialaminya itu. Mangsa kini masih mendapat rawatan,” katanya. – BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments