Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pelajar Universiti ugut bunuh Najib kini disiasat!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Wowww!! Publisiti murahan kerr??

Seorang lagi mahasiswa yang dikatakan telah mengugut PM Najib dan kini dia bakal disiasat serta dijatuhkan hukuman sekiranya bersalah.

Mahasiswa seorang gadis, Peinee Teoh, yang berusia 20 tahun ini telah menulis pada Facebooknya yang dia ingin menembak kapal terbang yang dinaiki oleh PM. 

Selain itu dia juga memarahi PM 'Butuh'. 

Jadi setakat ini tak pasti adakah Facebooknya telah digodam (macam biasa?) dan ada orang tulis semua ini.  (Dipetik dari Mazeermohamad.com)

Jadi kita tunggu dan lihat dan dibawah ini adalah berita penuh. 

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis hari ini, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.

Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.

"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu," katanya kepada pemberita, di sini malam ini.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.

"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan," kata Ahmad.

Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.

"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu," katanya.

Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.

"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama
                  

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments