Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kisah lawak pak cik dengan Manager Bank!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




PAK CIK & MANAGER BANK
Ada seorang pak cik yang bernama Pak mat yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Mat dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menympan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Manager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.
Manager : Setiap hari saya nampak pak cik akan menyimpan duit sebanyak RM1000 di bank. Apa kerja pak cik sebenarnya? Macam masyuk jer? MLM ek?

Pak Mat : Kalau nak tahu, pakcik sebenarnya tak da kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : (Dalam hati, kerek giler orang tua nih!!) Owh macam itu rupanya, ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang terror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Mat : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.


Pak Mat : Macam ni, dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha, tak logiklah pak cik. Tapi tak pe, saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya. Erm,, ok masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Mat.

Manager : Pak cik minta maaflah yer, telur saya masih lagi ada. Haha (gelak jahat).

Pak Mat : Betul ke? Aku tak percaya, mari sini aku pegang…

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Mat pun berkata..

Pak Mat : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Mat pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang terror. Sorrylah pakcik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh…

Tiba-tiba Pak Mat mengeluarkan RM4000 dari begnya dan pergi ke kaunter bank untuk menyimpan wang. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Mat.

Manager : Mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Mat : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?


Pak Mat : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.

Manager : Tak guna punya orang tua..

p/s : Jangan suka berjudi , jangan terlalu yakin dengan apa-apa pertandingan walaupun nampak mudah, sebab mesti ada udang disebalik batu. Dan akhir sekali , jangan pertaruhkan telur anda.

Hahahahaha.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments