Meskipun baru dua bulan dilaporkan berpisah, ahli One Direction, Harry Styles kini dikatakan sudah menemui pengganti Taylor Swift.
Perkara tersebut didedahkan menerusi portal Heat World yang turut memaparkan gambar Porter memeluk Styles dengan mesra.
Turut disertakan sekeping gambar yang menunjukkan Porter dan Styles meninggalkan sebuah kelab malam bersama-sama pada 17 Februari lalu.
Bagaimanapun, Styles sehingga kini belum memberi apa-apa kenyataan mengenai perkara tersebut. Namun, Porter menerusi laman Twitternya menafikan wanita dalam foto tersebut adalah dirinya.
"Kepada @heatworld, cuma ada dua lelaki dalam hidup saya iaitu Papa John dan Harrison Koisser. Nota: gadis di dalam gambar itu bukan saya. #whatareyoulike,” ujarnya menerusi Twitter miliknya.
No comments
Post a Comment