Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Gambar Hiasan

KOTA BHARU – Dua gadis terpaksa meringkuk di penjara selepas masing-masing gagal membayar denda RM900 dan RM800 yang dijatuhi Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas kesalahan berkhalwat dengan tiga pemuda pada Khamis minggu lalu.
Hakim Syarie Zahari Mohd. Yusof menjatuhi hukuman tersebut terhadap Nur Syafiqah Sari, 18, dan rakannya Fatin Nadia Mohd. Zulkafli, 17, selepas mereka didapati bersalah melakukan perbuatan khalwat di sebuah rumah di Kampung Kenali, Kubang Kerian di sini kelmarin.
Bagaimanapun, kedua-dua gadis yang mempunyai rekod kesalahan sama sebelum ini gagal melunaskan denda itu menyebabkan mereka terpaksa menjalani hukuman penjara masing-masing tiga bulan dan dua bulan.
Sementara itu, Zahari memerintahkan Ahmad Syamil Zakiran Zuhaimi, 20, Mohammad Sulazmie Che Hassan, 20, dan Khairul Anam Ramli, 31, yang ditangkap bersama dua gadis itu masing-masing dijatuhi hukuman denda RM600.
Ketiga-tiga pemuda itu membayar denda tersebut.
Ahmad Syamil, Sulazmie dan Khairul didakwa mengikut Seksyen 9(3) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya jika disabitkan.


Kosmo Online


Port Dickson: Seramai 30 individu berusia 17-42 tahun ditahan ketika asyik menari dalam satu parti liar di apartment di Batu 6, Jalan Pantai, dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkifli Adamsah berkata, serbuan dibuat pada 9.30 pagi selepas mendapat maklumat orang awam yang mendengar bunyi bising di tempat mereka berpesta.

Katanya, operasi diketuai oleh Inspektor Norsaiful Mohd Najih bersama enam anggota turut menemui dua biji pil ekstasi dan beberapa gram dadah ganja bersama alat menghisap ganja.
"Semua mereka, 20 lelaki dan 10 perempuan itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Port Dickson untuk siasatan.

"Mereka ditahan reman bermula hari ini sehingga 2 April depan," katanya dalam sidang media di IPD Port Dickson, sebentar tadi.

Hmetro Online

SEEKOR anjing baka Rottweiler digelar ‘Robodog’ kerana menggunakan empat kaki palsu selepas kakinya dipotong kerana penyakit radang dingin.
Penyakit yang selalunya memberi kesan kepada hidung, kuku, jari dan kaki ini telah mengakibatkan kaki anjing tersebut dipotong.
Anjing yang diberi nama Brutus, merupakan anjing kedua yang mengunakan kaki palsu.
Brutus yang berusia 2 tahun mula menggunakan kaki palsu tersebut beberapa bulan lepas dan kini kelihatan semakin biasa serta memperbaiki gerak-gerinya.
Laura Aquilina, penjaga Brutus di Loveland, Colorado berkata, “Dia mula membiasakan diri dengan keempat-empat kaki barunya itu dan dapat menyelesakan dirinya dengan cepat.
“Dia boleh berjalan dengan kaki palsu itu, tapi tidak selalu sempurna.”
“Kami hanya mahukan dia menjadi seperti anjing lain, main bersama-sama dan mendaki gunung seperti anjing normal,” kata Laura.
Senaman dan bermain membuatkan Brutus kian pandai mengimbangkan dirinya selain hasil terapi fizikal di Colorado State University’s Veterinary Teaching Hospital di Fort Collins, Colorado.

BAYANGKAN ketika sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah, tiba-tiba anda terjumpa sebuah kotak yang mengandungi satu set telefon pintar iPhone yang masih baru.
Apa yang anda akan buat? Tepuk dada tanya iman.
Tidak tergugat dengan gajet bernilai tersebut, seorang gadis bertindak memuat naik status Facebook memaklumkan tentang penemuannya itu. Respek betul dengan kejujurannya, kan?
Sikap terpuji tersebut dilakukan Asma Asmie (nama akaun Facebook) setelah dia terjumpa satu set iPhone 6+ yang masih berbalut di dalam kotak ketika berada di IOI Mall, Puchong.
Tulisnya, “Kepada sesiapa yang bernama Taufiq Abdullah, IPhone 6+ gold 128gb anda tercicir kat IOI City Mall.
“Baru beli, tak sempat setting apa-apa lagi. Harap jangan cuai lepas ni dan cepat-cepat tuntut.”
Lantas, sikap jujurnya dipuji netizen di laman sosial, malah entri tersebut dikongsikan ramai pihak bagi membantu Asma menghubungi pemiliknya yang bernama Taufiq.
Apa yang menarik, ada pihak turut mencadangkan agar si pemilik iPhone tersebut tak melepaskan gadis itu kerana kejujurannya.
“Tuan phone, kalau pergi ambil phone tu boleh buat calon bini (kalau tak berpunya lagi). Bukan senang nak jumpa jujur macam ni. Hahaha,” ujar komen tersebut.
Apa-apapun, tindakan gadis tersebut membuktikan bahawa masih terdapat individu yang  jujur, punyai moral tinggi serta tidak mudah terpedaya dengan kebendaan pada zaman sekarang.

SEORANG pelancong warga Australia bernasib baik apabila dapat melepaskan diri daripada dibaham singa yang menyerang kakinya melalui tingkap kereta.
Brendan Smith diserang seekor singa semasa menerokai hutan Safari di Jonhannnesburg, Afrika.

Smith menerusi laman sosial Facebooknya mendakwa, ketika kejadian, dia baru tiba di Afrika untuk melawat hutan tersebut. "Saya baru berada di sini selama 36 jam dan kini saya berada di hospital kerana diserang seekor singa yang menggigit kaki saya," katanya.

"Saya mengalami kecederaan tapi bernasib baik kerana masih hidup dan orang ramai di sini juga kelihatan teruja untuk bertemu dengan saya setelah apa yang berlaku"."Kejadian itu boleh mengancam nyawa saya tapi kecederaan yang dialami tidak begitu teruk dan para wanita akan terpegun melihat kesan parut ini". Smith juga menyiarkan beberapa gambar semasa berada di hutan Safari itu.



Salah satu gambar menunjukkan kesan gigitan yang besar di bahagian kaki, dan terdapat beberapa gambar sekumpulan singa yang sedang duduk di atas rumput. - mStar Online

MUNGKIN kubur seorang wanita bernama Nancy Kerlin Barnett ini boleh dikira paling raredalam dunia!
Disebabkan kesungguhan waris-warisnya sebelum ini, kuburnya tidak jadi dipindahkan oleh pihak berkuasa bandaraya Indiana, Amerika dan kekallah kuburnya seorang di situ.
Nancy dilaporkan meninggal dunia ketika usianya 37 tahun pada tahun 1831. Mendiang meninggalkan seorang suami dan 11 anak.
Menunaikan hasrat mendiang isterinya yang ingin dikebumikan di tempat idamannya, di sebuah bukit kecil yang pada masa itu tidak lagi dibangunkan sehinggakan lama-kelamaan penduduk di sekitar itu pun menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak perkuburan penduduk-penduduk di situ.
Beberapa tahun kemudian selepas itu, pihak pemaju berniat untuk membangunkan sebuah jalan raya di situ sehingga memaksa kubur-kubur di situ dipindahkan ke satu lokasi lain.
Berpendirian teguh enggan membenarkan kubur mak dan nenek mereka dipindahkan, waris Nancy menentang keras cadangan itu sehingga memaksa pihak pemaju beralah dengan permintaan mereka itu.
Lalu hanya tinggal kubur Nancy di tengah-tengah jalan tersebut.

Untuk mengelakkan berlaku kekeliruan kepada pemandu-pemandu, waris Nancy telah menaikkan satu papan tanda yang menceritakan mengenai sejarah kubur tersebut di situ. 

GEORGETOWN – Mayat seorang lelaki berkopiah putih tanpa dokumen pengenalan diri ditemui di tepi jalan berhampiran Empangan Teluk Bahang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah, Hin berkata mayat yang lengkap berpakaian dan berkain pelekat putih serta ditutup dengan dua helai kain selimut itu ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada jam 10.47 pagi.
“Lelaki itu dipercayai meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan fizikal mayat, polis percaya lelaki itu rakyat Bangladesh atau Myanmar dan tiada sebarang kecederaan luaran ditemui pada tubuhnya.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

RAWANG: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan melecur di bibir , leher san pipi selepas diberi susu panas oleh pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian ini, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang dibuat oleh ibu mangsa pada jam 8.49 malam tadi di Balai Polis Rawang di sini.

Bayi tersebut telah dihantar oleh ibunya ke taska tersebut yang terletak di Rawang pada pagi semalam.

"Ibu mangsa bagaimanapun mendapat tahu kejadian itu selepas dihubungi pengusaha taska melalui telefon.

"Berdasarkan siasatan awal, kejadian melecur itu berlaku pada jam 4 petang semalam. Mangsa segera dibawa ke klinik berhampiran oleh pengusaha taska sebelum dirujuk ke Hospital Selayang," katanya.

Bayi tersebut sekarang dirawat di Hopital Selayang dan dilaporkan stabil. Pihak polis kini sedang menyiasat punca sebenar tentang kejadian tersebut.

"Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan polis akan melakukan siasatan terperinci sama ada kejadian itu disengajakan atau sebaliknya," katanya.

Susulan itu pihak polis akan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

TAIYUAN – Mungkin ini adalah tandas paling pelik di dunia. Apa tidaknya, patung-patung wanita yang mengenakan pakaian seksi diletakkan di tempat buang air kecil lelaki.
Tandas berkenaan dibina di sebuah restoran di China dengan patung itu dihiasi dengan pakaian dalam wanita, skirt pendek dan baju yang seksi sertai pakaian jarang.
Ia diletakkan dalam bilik kaca dan menghadap kaum lelaki ketika mereka kencing.
Menurut salah seorang pelanggan di restoran berkenaan, Sun Kao, 24, pada mulanya dia menyangka dia memasuki bilik air yang salah selepas melihat patung tersebut sekali imbas.

“Tetapi apabila saya menyedari bahawa ia merupakan tandas lelaki, saya cuba kencing namun agar sukar apabila diperhatikan oleh patung berkenaan,’’ katanya.
Namun pemandangan berkenaan bukan sesuatu yang baru bagi kebanyakan penduduk di situ kerana sesuai dengan temanya sebagai restoran tandas, maka banyak benda pelik disediakan.
Restoran tandas itu yang dibuka pada bulan Ogos tahun lepas dilengkapi dengan peralatan tandas termasuk tempat duduk yang berupa mangkuk tandas.
Di atas mangkuk tandas itu, disediakan kusyen berbentuk najis

CHINA – Penderitaan yang dialami oleh dua ekor anak kucing ini memang menyakitkan. Apa tidaknya, kedua-duanya telah diperlakukan dengan kejam oleh `orang gila’ yang mengecat badan mereka dengan cat berwana kuning.
Bukan itu sahaja, kedua-dua ekor kucing itu kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak dan ditinggalkan di tepi jalan.
Nasin baik seorang lelaki, Yue You Meng menemuinya dan kemudian membantu merawatnya.
“Saya sangat terkejut apabila membuka kotak berkenaan dan mendapati dua ekor anak kucing diselaputi dengan cat warna kuning.

“Cat itu hampir kering. Kedua-dua kaki kucing berkenaan melekat manakala mata mereka turut diselaputi cat tersebut. Ketika itu ia berada dalam kesakitan dan hampir mati,’’ katanya yang kemudiannya cuba membasuh kucing tersebut.
Selepas usaha Yue untuk membuang cat itu tidak berjaya, dia terpaksa membawa kedua-dua anak kucing berkenaan menemui doktor haiwan, dan akhirnya dengan menggunakan gunting, bulu kucing terbabit dibuang.
Anak kucing terbabit kini semakin sembuh dan sudah mampu bergerak ke sana ke sini.
Cat itu juga tidak memberikan kesan buruk kepada mata serta telinga anak kucing itu.

HAINAN - CHINA. Sebuah firma berjaya 'mencetak' kereta menggunakan teknologi cetakan 3D dengan kos hanya USD 1,700 atau RM 6,300.

Menurut Dailymai.uk, model berkenaan yang dipamerkan Selasa lalu, digerakkan oleh tenaga elektrik dan mampu mencapai kelajuan 40 km/j dalam sebuah ujian.

Antara bahan yang digunakan adalah filamen Tyrant Gold, bahan-bahan komposit yang kemudian digabungkan dengan komponen-komponen asas sebuah kereta.

Kereta tersebut yang dinamakan 'Shuya' dicetak dalam masa lima hari adalah hasil dari Sanya Si Hai 3D.

Sebelum ini, syarikat Local Motors 3D dari Amerika mengumumkan kereta cetakan pertama mereka, Strati pada September lepas.

PARIS – Beberapa buah helikopter telah mula memindahkan cebisan mayat mangsa dari tapak nahas Penerbangan 4U9525 Germanwings di pergunungan Alps Perancis pada petang kelmarin, kata satu sumber pasukan penyiasat kepada agensi berita AFP.
Bagaimanapun, sumber berkenaan menjelaskan operasi untuk mencari mayat 150 penumpang dan anak kapal pesawat Airbus A320 itu terpaksa dihentikan pada sebelah malam.
Tapak nahas yang berada pada ketinggian 1,500 meter itu hanya boleh dinaiki menggunakan helikopter ataupun pendakian sukar.
Sekurang-kurangnya 51 warga Sepanyol dan 72 warga Jerman terbunuh dalam nahas tersebut.
Penerbangan 4U9525 merempuh kaki pergunungan Alps Perancis pada pagi Selasa lalu selepas menjunam tanpa sebab selama lapan minit tetapi anak kapalnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.
Syarikat Lufthansa yang merupakan pemilik syarikat tambang murah Germanwings berkata, penerbangan tersebut membawa rakyat dari 18 buah negara. Ahli keluarga mangsa dijangka berkumpul berhampiran tapak nahas mulai semalam. – AFP





PENYANYI Psy merupakan artis Korea Selatan yang mempunyai pengaruh terbanyak selepas memenangi anugerah artis paling berpengaruh di 'Tiongkok GQ Music Awards Show' baru-baru ini.

Dalam majlis itu PSY juga turut mengimbau kembali lagunya dalam bahasa Mandarin bertajuk 'Father' yang dilancarkan pada tahun 2005.

Psy terkenal melalui lagu 'Gangnam Style'  yang menjadi fenomena pada tahun 2012 serta ditonton oleh jutaan orang di YouTube.

Tetamu yang hadir turut terpukai dengan persembahan lagu Gangnam Style danGentleman seperti dilaporkan Allkpop.

Selain itu, Psy juga dilaporkan bakal melancarkan album terbaharu dalam waktu terdekat terutamanya untuk pasaran di Amerika Syarikat.

Petaling Jaya: Sepasang suami isteri dan jirannya yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kapar maut selepas kereta Proton Wira yang dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 14.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pagi tadi.

Kemalangan 6.50 pagi dari Subang menghala ke Kota Damansara itu, pemandu kereta, Tan Meng Hua, 65, dan isteri Lion Ah Lowo, 58, serta jiran mereka Tan Aun, 63, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Trafik Daerah Petaling Jaya, Deputi Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira berkenaan hilang kawalan selepas melanggar kon yang diletakkan bagi kerja-kerja pembinaan pembahagi jalan.
“Kereta itu kemudiannya terbabas masuk di laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua Viva lalu merempuh lori sampah yang berada di belakang.

“Lori sampah dikatakan menyeret kereta berkenaan beberapa meter dan menyebabkan penumpang belakang tercampak dari kenderaan terbabit,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, identiti pemandu Perodua Viva belum dapat dikenalpasti dan disahkan mengalami kecederaan parah serta dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Hmetro 

Wah..Bayangkan anda berada dalam situasi ini apabila meminum air yang dipesan di kedai makan dan anda minum dsudah hampir habis tiba-tiba nampak cicak berada dalam air itu.

Beoitulah yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Yus Beger apabila mendapati haiwan tersebut berada dalam air milo yang dipesannya.



Menurutnya, air milo yang dia pesan di sebuah restoran yang agak terkenal di Semenyih, sungguh sedap dan 'kaw'. Apabila dia sedut air sudah aka habis tiba-tiba straw tersumbat dan terkejut apabila menadapati terdaapt cicak.

Sungguh menjijikakan, sepatutnya pengusaha kedai tersebut perlulah lebih ebrhati-hati dalam hal kebersihan ini. Kesihan pelanggan kerana mereka membayar perkhidmatan yang disediakan. - Siakapkeli.com.my

India – Seks ketika menunggang motosikal. Sepasang kekasih akhirnya ditangkap polis selepas gambar mereka melakukan seks tanpa perasaan malu di atas motosikal telah tersebar di media sosial.
Pasangan itu melakukan perbuatan tidak bermoral berkenaan di lebuhraya di Goa dengan gambar yang dirakamkan adalah seorang lelaki yang hanya memakai kemeja t dan stoking.
Gambar itu kemudiannya dimuat naik oleh Ahli Parlimen Vishnu Surya Wagh dalam Facebooknya .
“Melakukan seks ketika menunggang motosikal…tiada siapa yang akan menghalang anda…Ini adalah Goa…Seks pada waktu terang ini berlaku di jambatan Mandovi pada waktu tengah hari Ahad .
“Tidak ada seorang pun anggota polis yang menghalang mereka. Bagi mereka yang merakamkan gambar ini…apa yang akan anda katakan,’’ itu antara kapsyen sinis yang ditulis oleh Vishnu.
Susulan itu, polis telah bertindak dengan mengesan nombor plat motosikal terbabit. Rupa-rupanya motosikal tersebut milik sebuah syarikat sewa dan mereka telah memberikan alamat pasangan itu.
Pasangan itu kemudiannya telah disoal oleh polis dan mereka mengaku berbuat demikian.

CHINA – Menjijikkan, namun ada juga yang sanggup memakannya. Bagi seorang wanita dikenali sebagai Miss Chen, tindakannya memuatkan naik gambar makanan yang meloyakan untuk sarapannya iaitu hidangan tikus, telah mencetuskan perdebatan hebat dalam media massa di negara itu.
Miss Chen yang menetap di Fuzhou menyatakan dia telah dipaksa oleh ibunya supaya makan tikus berkenaan sebelum keluar bekerja.
Ini kerana, kata Miss Chen, ibunya percaya hidangan tikus yang dikatakan mempunyai khasiat tinggi, mampu mengembalikan semula seri wajahnya, yang kelihatan kusam.
“Pada mulanya saya sangkakan ia adalah hidangan arnab namun selepas menyedarikan ia adalah tikus, saya enggan makan. Tetapi ibu tetap memaksa saya memakannya.
“Ibu memberitahu saya bahawa dia mengambil masa yang lama menyediakan hidangan tikus itu selain terpaksa mencabut semua bulu pada binatang berkenaan,’’ katanya.
Menurut Miss Chen, dia terpaksa juga makan hidangan tikus berkenaan dengan menutup mata dan sepanjang hari, dia berasa tidak sihat akibat makan masakan itu.
Keluarga Miss Chen percaya makan seekor tikus, sama khasiatnya dengan tiga ekor ayam.
Tikus merupakan makanan di barat Fujian dengan tikus yang dijemur dan dikeringkan adalah popular.
Bagaimanapun pakar memberi amaran bahawa seekor tikus, meskipun dalam saiz yang kecil, namun ia membawa banyak kuman yang boleh menjejaskan kesihatan.

MEXICO – Seorang guru, Marcella Villalpando Tovar, 32, telah diserang dan dipukul oleh seorang wanita dengan ganas di hadapan orang ramai setelah wanita itu, Laelia Paredes Flores, 35, mendakwa dia mempunyai hubungan sulit dengan suaminya.
Laelia merupakan ibu kepada salah seorang pelajar Marcella. Kejadian memalukan itu berlaku selepas Laelia merempuh masuk ke dalam kelas, lalu mula memukul dan menendang guru terbabit di hadapan pelajarnya.
Pada masa sama, guru-guru yang lain hanya memerhatikan kejadian terbabit dan lebih malang ada yang merakamkan insiden berkenaan tanpa memberikan bantuan atau menghentikan pergaduhan tersebut.
Malah ada suara dalam video berkenaan yang menghasut Laelia supaya terus memukul Marcella selepas mereka diberitahu bahawa guru itu mempunyai hubungan dengan suaminya.
Salah seorang pelajar di dalam kelas itu, Miriam Gracia Adomo, 16, berkata, Marcella mula menjerit dan memaki guru mereka sebaik masuk ke dalam kelas sebelum dia membelasah Marcella.
“Ketika itu saya berlari mendapatkan bantuan guru-guru lain namun mereka hanya memerhatikan sahaja. Ia amat teruk,’’ katanya.
Dalam pada itu, jurucakap sekolah terbabit berkata, satu siasatan penuh akan dijalankan berhubung serangan terbabit .
“Serangan ini berlaku di sekolah kami dan tiada sebarang langkah yang diambil bagi menghentikannya,’’ katanya.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh terpaksa menahan isi perut yang terkeluar dengan tangan selepas mangsa dirodok senjata tajam.
Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa seorang pekerja kontrak diserang seorang lelaki di tapak pembinaan di Jalan Dutamas 2, Persiaran Dutamas di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, ketika kejadian mangsa berada di rumah kongsi sebelum didatangi suspek dipercayai warga Indonesia.
Menurutnya, suspek berusia 40-an itu muncul menaiki van putih bersama seorang lelaki dipercayai rakan kepada suspek.
“Suspek menikam mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Difahamkan kejadian itu menyebabkan isi perut mangsa hampir terburai.
Mangsa yang parah bagaimanapun masih sedarkan diri dan terus menutup lukanya dengan tangan bagi mengelakkan isi perut dan usus terkeluar.
Menurutnya, siasatan polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata manakala motif kejadian juga masih dalam siasatan.
“Polis sedang meneruskan siasatan bagi memburu suspek. Berdasarkan keterangan mangsa, suspek berbadan gempal dan pendek,” katanya.
Difahamkan, mangsa terpaksa mengalami pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kejadian itu, bagaimanapun mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.
Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – myMetro Online

Selepas dikejarkan ke hospital, doktor mengesan benda dalam otaknya, namun mereka tidak mengetahui apa benda itu dan bagaimana mahu membuangnya.
Dia kemudiannya dibenarkan keluar hospital dan diberikan ubat. Namun selepas Yin Meng pengsan sekali lagi, barulah doktor terpaksa membuat keputusan dengan membedah kepalanya.
Hasilnya, mereka menemui parasit tersebut yang dipanggil Sparaganosis dalam otaknya.
Selepas sedar dari pembedahan dan dimaklumkan mengenai parasit itu, barulah Yin Meng mengingati saat-saat di mana dia dan neneknya makan katak hidup-hidup.
“Ketika usia lima tahun, saya selalu menangkap katak dan makannya dengan nenek saya.
“Saya boleh ingat ketika katak itu melompat-lompat di kerongkong saya selepas ia ditelan,’’ katanya.

Kali ini, yang menjadi mangsa adalah para pengguna lebuhraya LATAR yang gempar dengan lembaga seakan ‘pocong’ yang terbaring di atas lebuhraya.
Menurut seorang saksi, penemuan lembaga bebentuk mayat berkafan itu ditemui kira-kira pukul 10 malam tadi ketika dia sedang dalam perjalanan menghala ke Kuala Selangor.
Dia kemudian memberhentikan kereta lalu mendapati lembaga itu bukanlah entiti paranormal.

Pada masa sama, ramai yang beranggapan perbuatan tidak bermoral ini dikaitkan dengan kes-kes rompakan.
Kami sendiri tidak begitu pasti niat di sebalik perbuatan ini tapi cubaan menakutkan orang sebegini langsung tidak berperikemanusiaan apatah lagi melibatkan lokasi yang boleh mendatangkan kecelakaan dan kemalangan.
- MYNEWSHUB.CC

DALAM banyak-banyak barang, apa barang yang orang takkan (berani) bising walau baru je naik harga?
Pandai… jawapannya rokok!
Sejak semalam, sekeping kertas memaparkan harga baru rokok yang didakwa berkuatkuasa 1 April ini, mulai tersebar.
Buat masa ini belum ada pengesahan daripada pihak berkaitan tentang harga baru rokok ini tapi boleh tahan jugak kenaikannya.
Antaranya kesemua jenis Dunhill, Benson & Hedges dan Kent bakal berharga RM16 manakala Pallmall RM14.
Kiranya sesiapa yang jenis hisap rokok tahap ‘no mercy’ selama ini, ada kemungkinan akan mencongak sama ada mahu kenyang makan nasik atau sedut asap terutama menjelang hujung bulan.
Bangsa yang kena hisap rokok lepas makan tu pulak, akan bawa rokok ngam-ngam sebatang je dalam kotak untuk mengelak daripada dipau kawan-kawan.
Kali terakhir harga rokok dinaikkan adalah pada November tahun lalu.
Tahniah kepada yang berazam mahu berhenti merokok selepas ini dan berjaya melaksanakannya manakala buat mereka yang berkeras mahu meneruskan tabiat itu selamat membakar duit diucapkan.


CHANDIGARH, India – Seorang pelajar sekolah diberi gelaran ‘budak getah’ kerana kemampuannya melentur badan pada tahap luar biasa seperti membengkokkan kakinya sehingga 180 darjah ke belakang.
Pelajar tersebut, Jaspreet Singh Kalra, 15, yang tinggal di negeri Punjab, India itu paling dikenali dengan aksi membengkokkan kaki ke belakang sehinggakan tapak kaki remaja berkenaan boleh diletakkan di atas bahunya.
Dia juga boleh memusingkan kepalanya 180 darjah ke belakang seperti watak dilakonkan Meryl Streep dalam filem komedi Death Becomes Her.
Gambar-gambar menakjubkan remaja ini menunjukkan dia mampu membengkokkan badan ke belakang, meletakkan kepala di pahanya di samping memusing badannya sehinggakan muka dan kakinya menghadap arah yang bertentangan.
Kalra mendedahkan dia tidak berasa sakit ketika melakukan aksi-aksi tersebut dan merancang untuk mengatasi idolanya, Daniel Browning Smith.
Smith merupakan ahli melentur badan dari Amerika Syarikat yang kini memegang rekod sebagai lelaki paling fleksibel di dunia. – Agensi



Kosmo


JOHOR BAHRU – Heboh semalam ekoran penyebaran gambar dan berita kononnya seorang bayi yang dilahirkan di Hospital Pontian dekat sini memiliki kaki seperti seekor ikan duyung.
Gambar dan berita yang menjadi viral di beberapa laman sosial dan portal berita itu mendapat pelbagai komen yang semuanya menyatakan perasaan terkejut, ajaib dan misteri.
Sumber yang dipetik daripada portal terbabit bermula daripada seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Atok Yan yang menyebarkan gambar bayi berkenaan.
“Seorang bayi telah dilahirkan seperti ikan duyung di Hospital Pontian petang semalam (kelmarin). Mari kita sama-sama ucapkan Subhanallah,” demikian status Facebook Atok Yan berkenaan gambar itu.
Penyebaran gambar tersebut telah mendapat perhatian sebanyak 5,515 pengguna Facebook sebelum ia dikongsi sebanyak 1,229 kali.
Gambar bayi yang menunjukkan kedua-dua belah kakinya melekat seperti kaki haiwan mitos itu didakwa dilahirkan di Hospital Pontian petang kelmarin.
Namun keghairahan rakyat negara ini yang cepat mempercayai gambar dan berita itu tidak bertahan lama apabila selang beberapa jam kemudian Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat menafikan cerita bayi duyung itu.
“Saya boleh katakan bahawa gambar seorang bayi yang didakwa dilahirkan dengan kaki seperti seekor duyung di Hospital Pontian seperti tersebar dalam laman sosial hari ini (semalam) adalah tidak benar.
“Ini kerana setelah disemak dengan pihak Hospital Pontian, tiada sebarang kelahiran direkod di hospital itu pada hari semalam (kelmarin), jadi sudah tentu berita ini adalah tidak benar,” kata Ayub ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.



Kosmo..


Sepanjang hidupnya, pelarian Palestin ini bercita-cita untuk memelihara singa sebagai haiwan kesayangan.
Akhirnya, impian Saad al-Jamal tercapai apabila dia membeli dua anak si­nga dan menjadikan haiwan itu sebagai anak angkatnya.

Saad membeli kedua-dua anak singa berusia dua bulan itu dari Zoo Rafah yang terpaksa menjual haiwan berkenaan kerana mengalami masalah dana.
Dia merancang memelihara anak singa itu di rumahnya di kem pelarian Al-Shabora di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Anak singa jantan dan betina itu diberi nama Alex dan Mona.
Saad sedar dia bakal berdepan tugas yang sukar untuk memelihara anak singa itu terutama selera makan haiwan itu yang akan semakin bertambah.

Walaupun enggan mendedahkan harga kedua-dua anak singa itu, dia akui ditawarkan harga AS$9,000 (RM33,400) oleh seseorang untuk membelinya.

Kedua-dua anak singa itu sudah tinggal bersama keluarga Saad sejak 10 minggu lalu.
Saad menjaga haiwan itu seperti anaknya sendiri di sebuah flat tiga bilik miliknya dan kehidupan Saad sekeluarga kelihatan tenang.
Hampir setiap hari anak dan cucu Saad bermain dengan anak singa berkenaan seperti haiwan kesayangan yang lain.
Saad sering memeluk anak singa itu ketika membawanya keluar rumah dan haiwan berkenaan akan meronta kerana mahu dilepaskan.

Ibu bapa anak singa berkenaan dipercayai diseludup masuk ke Gaza melalui terowong bawah tanah di sempadan Mesir kira-kira tiga tahun lalu.
Membesarkan kedua-dua anak singa itu memerlukan kos yang tinggi dan Saad bercadang menggunakan haiwan itu untuk mendapatkan wang.

Dia merancang menyewakan anak singa berkenaan kepada taman, restoran dan pusat peranginan tepi pantai sebaik sahaja mereka membesar beberapa bulan lagi.

Kedua-dua anak singa itu diberi makan setengah kilogram daging sehari tetapi selera makan mereka akan bertambah apabila semakin membesar kelak.
Buat masa ini, anak singa itu masih terlalu kecil dan belum mampu melakukan apa-apa yang membahayakan.

Namun sebaik sahaja mencapai umur 15 bulan, gigi dewasa haiwan itu akan tumbuh dan mempunyai keupayaan mencarik daging.
Pada waktu itu, kehidupan Saad sekeluarga mungkin tidak tenang lagi.


China: Dengan harapan kononnya untuk menceriakan suasana, penganjur majlis pengebumian di China kini menawarkan perkhidmatan alternatif - tarian separuh bogel.

Beberapa gambar tersebar baru-baru ini menunjukkan majlis pengebumian di Hubei, wilayah pedalaman di utara China disertai wanita berpakaian seksi menghiburkan orang ramai yang datang untuk memberi penghormatan kepada keluarga si mati, kononnya untuk menceriakan mereka.

Persembahan lucah diadakan sempena Festival Musim Bunga yang disambut selama seminggu baru-baru ini di kawasan pergunungan Wuhan.
Syarikat penganjur pengebumian dilapor mempelawa penari separuh bogel ke atas pentas untuk menghiburkan mereka yang datang.

Mereka menawarkan perkhidmatan itu kepada pengunjung yang kemungkinan mengadakan majlis pengebumian pada masa depan.

Makeup artis berbangsa British, Jordan James Parke sangat mengagumi kewujudan Kim Kardashian selepas menonton hanya 1 episod 'Keeping Up with the Kardashians'. Kekaguman beliau diserlahkan dengan membelanjakan setengah juta ringgit hanya untuk kelihatan serupa dengan artis pujaannya itu.

Setakat ini dia telah melalui 50 siri pembedahan kosmetik termasuk botox, pembedahan bibir, menaikkan cheek bone, mentatu kening dan rawatan membuang mulu dimuka.

"Saya suka semuanya tentang Kim," kata Jordan.

"Dia merupakan wanita tercantik didunia. Kulitnya, rambutnya dan semua tentang dia. Dia sangat sempurna." tambah Jordan.

Setelah melalui kesemua pembedahan untuk menukar rupa menjadi Kim, Jordan kelihatan seperti Kim yang "TERLEBIH SUDAH' dan ramai yang mengkritik perubahannya yang nampak seperti plastik daripada menyerupai Kim.

Namun padanya, dia tidak mengubah dirinya untuk kelihatan natural, jika ya pastinya dia sudah meminta wangnya dikembalikan. 





PELIK bin ajaib!
Iyelah, wanita manalah yang rela hati mengizinkan suami berkahwin dengan wanita lain atau dengan maksud lain, sanggup BERMADU.
Lain la kalau ada sebab-sebab tertentu kan?
Tapi wanita ini mungkin mempunyai hati yang begitu murni hingga sanggup memberikan hadiah ulang tahun perkahwinan pertamanya dengan mengizinkan suami berkahwin lain.
Memang tak pernah dibuat orang kan?
Sudah tu, si isteri nampak seronok dan gembira meluahkan keizinan tersebut di Facebook menerusi status berbunyi:
“Genap setahun usia perkahwinan kami.. nakal saya, buruk saya, jahat saya.. suami je tahu. Saya benarkan dia kahwin lagi sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan kami. Hehe…”
Tak pasti pula kalau status ini cuma bergurau atau mungkin ‘ugutan’ secara halus tapi dah tentu-tentu ianya menarik tumpuan insan bergelar lelaki.
Walaupun kedengaran pelik bagi kaum wanita tapi tak mustahil niat si isteri ini memang ikhlas malah Islam sendiri mengizinkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang jika cukup syarat.
Apa pun buat suami yang sudah diberi izin, jangan pula tidak berlaku adil ye!
- MYNEWSHUB.CC